Skip to main content

'Me time' seorang Ibu anak TIGA

Assalammualaikum,

Hehehe tajuk tak tahan betul kan. Tak tahu lah orang lain, tapi pada Jiha, 'me time' ni sangat perlu. Kalau tak ibu jadi cranky. Hahahaha. Ingat anak-anak kecil je cranky, mak budak pon ada cranky nya. Hahaha. Tu dalam pada dah telan B-Complex tu, masih ku perlukan 'me time' supaya lepas tu lebih jadi ibu yang lemah lembut hehehehe.

Dan terima kasih la kat suamiku yang membenarkan 'me time' ini. Kalau dia tak bagi, takde la merasa nak 'me time'. Orang nampak work at home mom ni santai melepak di rumah. Hakikatnya dilema banyak benda nak kena buat, mana nak uruskan anak-anak, nak uruskan rumah yang sekejap-sekejap sepah, nak uruskan bisnes yang turun naik, nak baiki dan upgrade kerohanian. Tapi possible semua itu cuma ada masa memang akan rasa penat sangat. Bila dah penat lelah tu, jadi kami memang perlukan 'me time' ini ye.

Meh nak share 'me time' Jiha. 

1. Running
Jiha join larian. Macam tak percaya je rasanya diri ini boleh join larian. Tapi bila sekali dah join rasa suka pulak. Tengok ragam orang, tengok semangat orang yang nak menghabiskan larian, hirup udara yang nyaman. Masa ni target Jiha nak habiskan larian je. Takde fikir langsung pasal yang lain. Relax sangat rasa tak fikir benda lain.

2. Spa
Bukan lah selalu, tapi bila dapat sekali sekala 2 ke 3 jam, rasa bestnya. Mood pun bertambah baik jadi anak-anak dan suami pun gembira. 

3. Workout dengan rakan-rakan.
Dalam seminggu, ada 2-3 kali sesi workout bersama rakan-rakan. Oh bestnya rasa. Peluh keluar, berat turun, reduce inches. Ahhh nyaman.

Dalam banyak-banyak 'me time', weekend baru ni lah yang paling lama 'me time' nya. 3 hari 2 malam. Percutian ke Langkawi bersama Shaklee. Boleh baca di entry Langkawi Free Trip.

Tapi yang bestnya, pagi tu bila suami dan anak-anak drop Jiha di airport, masih lama lagi untuk check in, jadi i treat myself for a yummy breakfast kat Kaffa. Rasa weird juga sebenarnya breakfast seorang. Tapi I've been wanting to do this for sooo longgggg. Hehehehe. 

i love Salmon

poyos tak hahaha

dah lama tak mengopi.....

Enjoyed my Egg Benedict with smoked salmon and a cup of Latte. Feeling nya semacam. Berangan sangat dah lama. Cuma apa yang diangankan sebelum ni ialah sambil-sambil baca favourite novel. Tapi tak sempat hahaha sebab banyak task Shaklee nak setelkan. So breakfast alone sambil siapkan task Shaklee. Weird without the kids but sangat enjoyyyyy juga. Hahahaha. Dilema mak mak.

Dah jadi ibu anak tiga ni, 'me time' sangat perlu. Siapa setuju? Hehehehe

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20