Skip to main content

Percutian ke Langkawi dengan kos tak lebih RM150.

Assalammualaikum,


Alhamdulillah Jiha baru balik dari percutian mewah 3 hari 2 malam di Langkawi. Mewah? Kata tak sampai RM150? Ye betul, Jiha hanya keluarkan belanja kurang dari RM150 sahaja. Jom teruskan membaca.

Sebenarnya Jiha dan rakan SID yang lain diraikan di Langkawi di atas pencapaian kami tahun lepas. Percutian mewah bertaraf 5 bintang semuanya ditanggung oleh Shaklee. Dari transportation, hotel, makan, duit belanja jalan-jalan semuanya ditanggung. Kita bawa diri sahaja hehe.

percutian bajet ke langkawi
Di atas Skybridge. Cantik sungguh pemandangan dari atas. Subhanallah.


Dari Penang, Jiha naik flight AirAsia yang dibayar oleh Shaklee. Pulang pun sama dengan menaiki flight. Best kan. Memang la best sebab FREE. Hehehe. Semuanya serba serbi Shaklee sediakan sampaikan dapat luggage pun percuma. Cuma Jiha bawa juga extra luggage sendiri untuk isi barang shopping di Langkawi nanti.

Shopping di Langkawi

Di airport, kami diberi Meal Allowance sebanyak RM150. Ada aktiviti yang Shaklee tak sediakan makanan, jadi diberinya kami allowance. Dari airport terus dibawa ke Pekan Kuah, singgah makan nasi ayam dan air baru RM5. Hah ada baki lagi RM145 so shopping la duit tu kan. Jiha shopping di Haji Ismail Group (HIG), kebetulan tengah sales Pemanggang Ajaib, dari rm140, Jiha dapat RM89. Kedai-kedai lain memang harganya rm129-140 macam tu. HIG pun buat sales untuk barangan Tefal, memang menarik sungguh la, tapi Jiha tak beli pun sebab periuk kuali sekarang pun dah terlebih-lebih. Yang penting Pemanggang Ajaib dapat, senang nak grill makanan untuk misi Eat Clean Jiha ni hehehehe.

 Ok mari Jiha list perbelanjaan Jiha di sana ye.

Nasi Ayam rm5
Pemanggang Ajaib Vantage rm89
Chocolate rm130
Dress Auni dan Amna rm18
Nasi MarryBrown rm20
Ikan Bilis rm25
Total RM287


Shaklee kasi RM150, Jadi cover perbelanjaan sikit
Rm287-rm150 = RM137
Hah jadi sebenarnya Jiha hanya keluarkan duit RM137 sahaja. Tak sampai RM150 pun la kan.

The Westin Langkawi

Hotel The Westin bertaraf 5 bintang, The Meritus Pelangi pula hotel termahal di Langkawi

Mewahnya hotel kami. Kami ditempatkan di The Westin Langkawi. Cantik sangat hotel ni, harganya pun cantik. Harga satu malam termasuk breakfast pun dah lebih RM1000. Ni pulak dua malam. Kalau pergi sendiri memang fikir banyak kali la hehe. 
Breakfast di Westin pun menarik, banyak variasi dan sedap. 

Malam pertama sampai tu kami diraikan pula dengan Tropical Sunset Dinner di The Meritus Pelangi iaitu hotel paling mahal di Langkawi. Aduhai tak terjangkau sebelum ni nak merasa dinner di hotel paling mahal. Sedap semua makanannya.

Tu pinggan kedua tu, pinggan pertama makan Omellete dan lain-lain. Hehehe isi perut sebelum berjalan.

Cable Car, 3D Museum dan Mangroove Tour

Hari kedua aktiviti luar seharian, iaitu ke Gunung Mat Chenchang. Naik Cable Car, Skybridge dan juga ke 3D Museum. Semuanya Shaklee bayar juga. Pengurusan Shaklee pun bagus, kami tiba awal jadi tak perlu beratur panjang pun nak naik ke cable car. Oh ye dari satu tempat ke satu tempat, kami dibawa menaiki bas. Bas Shaklee sahaja ada 8 bas, ramai tapi semuanya dapat diuruskan dengan baik oleh Shaklee. Tour Guide kami pun best, nama nya Azam Curut, tour guide bersuara emas. Banyak kongsi kisah menarik di Langkawi. 

Dari Gunung Mat Chenchang, kami dibawa untuk makan tengahhari di Restoran Nagoya Seafood di Pekan Kuah. MasyaAllah penuh meja dengan makanan. Dianggarkan satu meja tu harganya dalam lingkungan RM700-RM1000. Mewah sungguh makanan kami di sana. Shaklee kalau treat business leader memang berhabisan. Rasa dihargai sangat. Dan Jiha pun diet agak kelaut sikit. Ye lah makanan semuanya menarik dan sedap, jadi kenalah cuba. Nasib baik berat hanya naik 900gram sahaja. Boleh diusahakan kasi turun hehehe.

Sudah kenyang kami dibawa pula ke Mangroove Tour di Kilim Geoforest Park. Disebabkan hujan malam tadi, jadi kami tak dapat di bawa ke Gua Buaya sebab air pasang. Tapi Alhamdulillah Gua Kelawar, Sangkar Ikan, Eagle Feeding dan Andaman Sea kami dapat pergi. Seronok sangat, cantik pemandangan di Langkawi. Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T

Malamnya, Jiha dah penat, tapau makanan dan balik menikmati keindahan hotel dan bilik hotel mewah tu. Nyaman sangat rasanya dapat tidur di katil empuk. Katanya katil di The Westin ni bernilai RM13000. Patut la nyaman tidur ku hehehe.

Hari ketiga pagi kami dah bersiap-siap nak balik dah. Breakfast lagi di hotel. Isi perut kenyang-kenyang. Sedap kan hehehehe. Lepas tu terus berkumpul untuk bertolak ke airport. Luggage semua pon Shaklee yang uruskan. Sampai airport tinggal nak check in sahaja. Memang senang sungguh, terasa macam VVIP pulak kita hehehe.

Kalau nak tengok lagi gambar percutian ke Langkawi, boleh klik link di bawah ni ye.

Dan kalau teringin nak dapatkan percutian mewah macam ni, jom sertai group Shaklee Jiha, InsyaAllah Jiha guide dan sama-sama kita dapat menikmati percutian mewah sebegini setiap tahun, InsyaAllah. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi Jiha di whatsapp 0123807024


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20