Bagi orang yang mempunyai masalah migrain, pasti rasa sakit dan tidak selesa hingga boleh menggangu pekerjaan harian. Ada yang hanya mampu terlantar di katil seharian hingga rasa sakit tu sedikit reda. Penat dan risau bergantung dengan ubat tahan sakit. Adakah solusi lain yang boleh bantu meredakan dan menghilangkan terus derita migrain ini. Teruskan membaca. SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3 TESTIMONI 17: MIZAN ADLIA Assalamualaikum W.B.T Nama saya Mizan Adlia binti Mohd Shoib, berasal dari Selangor dan berusia 36 tahun. Saya merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Labuan. Masalah migrain saya memang bermula semasa saya belajar lagi. Akan tetapi tidaklah sekerap mana. Setiap kali diserang migrain saya hanya makan 1-2 biji panadol sahaja untuk melegakan rasa sakit kepala. Saya juga tidak pernah merujuk kepada doktor berkaitan masalah migrain memandangkan setiap kali diserang sakit kepala, saya sedaya upaya menahan rasa sa...