Skip to main content

Tips Asingkan Tempat tidur anak-anak

Salam semua.....

Hari ni Jiha nak share sikit tips macammana nak asingkan tempat tidur anak-anak

Macam kami, katil Queen aje...so tidur berempat memang amat lah menyeksakan. So solution nya ialah asingkan tempat tidur.

Dulu Auni pun tidur sebilik dengan abang dia, tapi disebabkan Ibu dia lately ni tidur mati dan ayah yang biasanya ambil Auni dari bilik anak pun penat sebab lately sangat banyak kerja, jadi kami tarik baby cot tu masuk bilik kami.

Since dia baby, so ok lagi lah.

Ok ini tips nya ye...

1. Hias bilik anak cantik-cantik, biar dia rasa bestnya bilik dia tu. Cadar katil ikut kesukaan anak. Macam Aqeef suka car, so ibu cari lah cadar ada gambar car.

2. Cetuskan elemen Ego kat dia. Bagitahu yang dia dah besar, boy pulak tu. So kena la tidur bilik sendiri kan.

3. Masa Auni tidur in the same room pun. Bagitahu dia 'kesian adik tidur sorang-sorang'

4. Pasang ayat-ayat al-quran bagi dia rasa tenang

5. Temankan dia tidur sebentar. Even dia sedar kita bangun pun. Cepat-cepat suruh salam tangan kita. Kita pun cium la dahi dia.

6. Buka pintu bilik dia dan pintu bilik kita juga.

Selalunya pukul 4am macam tu, Aqeef akan bangun dan join tidur dengan kita jugak. Takpe lah, pelan-pelan kan. Nanti lama-lama ok lah tu.

Sekali sekala offer lah jugak dia tidur sekali. Punya excited jawab 'Bilik Ibu lah'

Hehehhee

Tips extra ;

Kalau nak anak tidur lebih lama, pasang aircond hehehehe

Ok Good Luck Monmies ;)

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua... Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.
Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)Bahan-Bahan Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana) Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.
Version 2 : Selera Suami ku (Yus)Bahan-Bahan Cili Api/Padi 4-5 biji Cili Hijau 5-6 biji Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak…

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Tips Kulit Cantik : Kepentingan Masker Muka untuk elak muka berkedut!!

Salam semua, hari ini Jiha nak share pasal Masker Muka. Dan nak cerita tentang kepentingan Masker Muka ni. Sesiapa nak elak muka berkedut kene baca sampai habis ok.
Kenapa pentingnya pakai Masker ni? Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??
Berapa kerap nak pakai Masker? Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu
INGAT!! Pada yang ada suami tu, hehehe kalau boleh pakai lah time dia takda. Time dia ada make sure muka cun cun segar aje ok hehehe
Jenis-jenis Masker? Macam-macam kat pasaran ada kan, ada jenis pe…