Assalammualaikum,
Hari ini Jiha nak kongsikan kenapa kita memerlukan PROTEIN dan kenapa Soya merupakan sumber protein yang paling sesuai.
4 Nutrien ASAS.
Protein merupakan salah satu dari 4 nutrien asas untuk badan kita. Nutrien asas yang lain ialah Air, Karbohidrat dan Lemak. Jika diambil dengan seimbang, badan kita dapat berfungsi secara optimum.
Badan kita memerlukan protein kerana ia membekalkan kita dengan tenaga, pembentukan hormon, antibodi, enzim dan tisu. Ia juga memastikan tahap asid-alkali yang seimbang di dalam badan kita.
Perlu Asid Amino??
Asid amino diperlukan untuk proses pembentukan protein di dalam badan. Badan kita dapat menghasilkan asid amino tetapi asid amino dari sumber makanan juga diperlukan untuk memastikan ianya lengkap untuk menyokong pembentukan protein dalam badan. Jadi sangat penting untuk kita dapatkan kesemua asid amino ini.
Kenapa Soya?
![]() |
Lengkap dengan asid amino |
Makanan-lengkap protein yang punya asid amino ialah seperti daging, ikan, ayam. Tetapi disebabkan sumber ini juga tinggi lemak dan juga penggunaan ubatan seperti antibiotik dan bahan kimia lain dalam penternakan, maka pengambilan makanan ini sepatutnya diambil secara sederhana.
Manakala kekacang, brown rice yang juga kaya protein tetapi bukan merupakan makanan-lengkap protein (tidak mempunyai semua range asid amino).
Soya adalah makanan-lengkap protein yang mempunyai asid amino dan juga nutrient yang lain. Rendah lemak dan soya yang Non-GMO (tidak diubah secara genetik) membuatkan Soya sumber yang paling sesuai untuk menggantikan sumber seperti daging.
Jadi Soya adalah sumber yang paling selamat dan berkesan untuk diambil sebagai sumber protein kita.
TIPS tentang SOYA
1. Sekiranya anda memilih produk soya, pasti kan ianya Soya NON-GMO dan semulajadi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
NAJIHAH RAZALI
0123807024
sitinajihah83@gmail.com
I love Soya.... it is delicious and healthy
ReplyDeletebest kan Soya hehehe
Delete