Assalammualaikum,
Hari ni hari pertama Aqeef Danial ke tadika. Alhamdulillah dah besar dah anak ibu. Minggu ni rata-rata ramai yang hantar anak ke tadika kan. Macam mana? Hehhe ibu ke anak yang menangis hehehehe. Syahdu kot.
Havoc betul pagi tadi nak menyiapkan Aqeef Danial hehehe. Ibu plan nya nak bangun awal, tapi tersedar pukul 630am. Sebenarnya dah bangun dah pukul 330am, buat kerja sikit, lepas tu biasa lah Auni Nadra minta susu, dengan ibu tertido balik.
Pukul 330am tu siap keluarkan ayam dah nak defroze. Hajat hati nak buat chicken mayo sandwich buat bekal Aqeef Danial. Dah terbangun lambat ni, peanut butter sandwich aje la hehehe.
muka control excited hahahaa |
Nasib baik lah, tadika Aqeef ni 5 minit je dari rumah, pukul 745am keluar rumah pun sempat lagi hehehe. Sebab dah kalut-kalut havoc pagi tadi. Tak sempat nak layan syahdu hahaha. Yang Aqeef Danial pula, sampai je terus meluru masuk. Hehehe bertuah punya anak. Lepas tu baru dia keluar balik nak salam ibu, ayah dan adik.
Sampai terus meluru masuk hahahaha |
Bila dah balik rumah, baru la rasa syahdu hehehehe. Apa lah anak bujang buat kat sekolah. Macammana lah dia mingle dengan kawan-kawan agaknya ye. Harap la boleh berkawan dengan baik, dah hampir 2 tahun juga dia duduk rumah dengan ibu dan Auni je kan. Takut susah nak kongsi-kongsi barang dengan kawan.
anak-anak syurga, penggerak masa depan |
Tadi masa ambil dia balik, comel je pakai kopiah. Rupanya baru belajar solat hehehe. Tapi muka dia nampak sedih. Bila pujuk-pujuk tanya. Dia kata 'Ada kawan tolak Aqeef, dua orang'. Haih entah la si Aqeef ni, kadang-kadang dia ni garang semacam, kadang pula clingy habis sampai berpaut-paut kat tangan orang, boleh jadi rimas juga. Harap-harap lah boleh berbaik dengan kawan-kawan lain. Tapi bila tanya esok nak pergi school lagi tak? Excited lagi kata nak pergi.
Hopefully yang baik-baik sahaja untuk anak ibu. Tak sempat nak borak dengan teacher dia...esok la hantar awal sikit, nak tanya Aqeef macammana kat school.
p/s : kalau baju 3 pasang cukup dah kan, mommies yang lain macam mana?
Kasih baru nak hantar esok...cukup je baju 3 pasang jiha...
ReplyDeletecukup kot kan....lg pun half day je ..kalau nak basuh pun sempat kering kan hehehe
Delete