Skip to main content

Baju Kurung Menyusu Yang Tak Payah nak gosok-gosok

Assalammualaikum,

Baju kurung menyusu Ainy dari Mumsluv dah sampai. Best sangat kain dia. Alhamdulillah, dah ada satu koleksi baju raya dah tahun ni hehehe. Anak-anak dan Yus dah setel dah baju raya, ibu je yang belum setel lagi ni. Tahun ni memang ibu beli ready made aje lah. Nasib baik banyak orang jual online dress dan baju kurung raya yang cantik-cantik kan.

baju raya 2015
Model kecil tu bukan main lagi hehehe

Cantik tak baju ni? Heheheh sampai je tadi terus tak sabar ku terus sarung hahahah. Yang paling best sebab baju kurung ni sesuai untuk menyusu. Walaupun Jiha dah wean off Auni Nadra, tetapi tetap masih boleh pakai juga. Kain dia jenis lycra so sangat selesa dipakai kalau perut dah mula membesar masa raya nanti. So preggy mommies pun boleh pakai tau.

Selalunya masa preggy ni asek rasa panas je, so kain lycra jenis sejuk ni memang jadi pilihan lah kan. Hah lagi satu yang win ialah, tak perlu gosok (hahahah dasar malas gosok betul)

Untuk mommies yang menyusu, memang best la kalau beli koleksi dari mereka ni. Hanya perlu selak je, sesetengah nursing blouse, dress ni jenis button dan zip kan, kadang-kadang terkial-kial juga tu nak membukanya, dengan anak mengamuk nak susu nya kan. So jenis selak ni memang awesome la. Jimat masa.

Banyak juga koleksi Mumsluv ni yang cantik-cantik, ada baju kurung, shirt, blouse, dress dan semuanya nursing friendly. Antara lain yang Jiha berkenan seperti di bawah ni (masuk wishlist dulu ahahaha). Banyak lagi koleksi leh tengok kat Facebook dan Instagram dia

awww cun nya ni

bunga bunga macam ayu sangat

blouse ni comel kan tapi Out Of Stock pulak
Oh kalau korang nak beli kan, better beli sekarang tau, sebab tengah ada SALE ni. Mumsluv tengah buat offer sempena Mother's Day. Offer dari 27 April hingga 31 May 2015 ni je tau. Hah sila la terjah ye.

Saya suka saya suka dapat baju kurung dan blouse yang nursing friendly dan sangat affordable macam ni.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20