Assalammualaikum,
Alhamdulillah sudah umur 32 tahun ni ye. (Oh sudah tua hehehe). Dapat hadiah birthday pergi jalan-jalan di Cameron Highland.
Yus tak bagitahu ke mana destinasi, dia kata dah booked hotel sahaja and suruh pack beg baju hehehe. Tapi hati memang dah agak ler ke Cameron Highland sebab memang teringin sangat ke sana. Last ke sana masa darjah 5 ke 4, sebab ada Summer Camp untuk anak-anak askar. Naik trak 3 tan askar tu ye hahahaha.
Kelakar dah Yus gi bukak bag dan tengok baju apa yang ada, siap tanya ada bawak sweater tak. Hahaha nampak sangat la kan memang nak ke Cameron. (Hahaha tak pernah-pernah nak inspect bag baju)...
Ok lah...so ni je la beberapa tempat yang kami sempat pergi untuk percutian 2 hari 1 malam.
Kami amek route Simpang Pulai, katanya lebih elok berbanding Tapah. Lagipun dari Penang, memang akan jumpa Simpang Pulai dulu.
Day 1 di Cameron Highland
Boh Tea Plantation, Sg Palas
Tiba di sana pukul 10am, kami tuju dulu ke Boh Tea Plantation, Sg Palas. Mula-mula tu terlepas pandang signboard simpang ke sana. GPS pula mengarut, 'Boh Tea Plantation' tapi dibawa nye kami menuju ke Bharat Tea pulak. Nasib baik Yus search balik GPS tu.
Simpang nak masuk tu macam horror sikit, hah tapi jalan nak ke dalam tu lagi horror hahaha. Jalan sangat sempit dan jalan nya ialah lereng bukit. Kecut-kecut perut daku hahaha. Tapi sangat berbaloi sampai sana. View sangat cantik MashaAllah. Datang pulak pagi lagi kan, sangat fresh dan kereta pun belum banyak sangat.
Masuk percuma sahaja, makan kena bayar lah hehehe.
Orang kata dah sampai sini kena makan scone kan, try la tapi tak kena dengan selera hehehe |
My precious...sangat excited nye la hai mereka ni hehhe |
Aqeef Danial yang ambil gambar ni :) |
Taman Rama-Rama
Tak jauh dari simpang Sg Palas tu. Yus pun memang dah search nak ke Taman Rama-Rama lepas ladang teh. Tiket dewasa RM5, kanak-kanak 5tahun ke atas, RM2 ke RM3 eh camtu.
MasyaAllah seronoknya tengok banyak rama-rama. Anak-anak paling excited sekali dalam ni. Seronok dapat lihat ciptaan Allah yang sangat indah ini kan. Selain rama-rama, banyak juga binatang dan serangga lain macam kumbang, cicak berbagai jenis, tarantula, ular euuwwwww, rabbits.
Selain tu ada juga pokok-pokok bunga yang cantik-cantik. Oh memang sangat teruja la datang Cameron ni hehehe.
Budak excited hehehe |
Selepas dari Taman Rama-Rama ni kami check in ke hotel dulu. Masih kenyang lagi makan Cheese cake dan Scones, jadi tak rasa nak lunch lagi.
Dah rehat-rehat kejap, kami nak ke Tanah Rata untuk cari bank, sana je ada bank hehehe. Yus lupa nak draw duit lebih sikit masa kat bawah. Dah sampai Tanah Rata ni, lebih mudah nak cari makanan Halal, banyak kedai melayu. Kami makan di Kedai Al-Raudhah, Nasi Arab. Hehehe sedap ooo Nasi Arab dia, Jiha makan Lamb Kabshah.
Abang Strawberry Park, Kg Sedia
Memang niat nak ke sini, dekat juga la dengan Tanah Rata tu, nama tempat dia Kg Sedia. Specialty di sini ialah Nasi Lemak Sambal Strawberry. Tapi sebab dah kenyang makan Nasi Arab, so Jiha beli je la satu jar Sambal Strawberry tu. Beli satu je pulak tu...sedap, nyesal tak beli lebih sikit tau.
Anak-anak seronok dapat petik strawberry. Kat sini kalau nak petik, minimum 500g dan harganya RM20. Saja nak dapatkan feeling memetik fresh strawberry tu, kalau ikutkan harga pack pack strawberry yang dijual di Kea Farm atau S'Corner lebih murah.
Memang feeling anak-anak memetik strawberry.
Cik kak ni sorang je nak pegang bakul ye. Orang lain takde can hahaha |
My little boyfriend |
Posing tak tahan hehehe |
Malam tu lepas maghrib, plan nak makan dan ke Pasar Malam Brinchang. Tapi lepas makan kat Steamboat (lupa nama, tapi berdekatan dengan simpang ke Kg Sedia tu juga la), agak famous juga steamboat ni. Kekenyangan so anak-anak pun dah lena dah. Masa lalu Pasar Malam Brinchang tu pun, banyak dah nak tutup dah hehehe, so terus balik hotel aje la.
Ok share Day 1 dulu lah ye...next entry la pulak on Day 2 di Cameron Highland.
jiha...Abang Strawberi try tak sambal strawberi dia
ReplyDeletekat sana tak makan elly, tapi Jiha beli satu jar sambal strawberry dia...sedapp
Deletebestnya jiha... nk pegilah nanti..:)
ReplyDeletegi ye....ni pun rasa mcm nak pergi lagi...
Deletenanti Jiha share Day 2 pulak ye
salam nak tanya...klu dari tapah..akan jumpa Mardi dulu atau abg cafe ni dulu ya...
ReplyDelete