Skip to main content

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua...

Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.

Stok kena sentiasa ada hehehehe

Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)

Bahan-Bahan
Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana)
Bawang Putih 4 ulas
Kicap
Sedikit Garam dan Gula

Cara-Cara nya
1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris)
2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend
3. Siap

Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.

Version 2 : Selera Suami ku (Yus)

Bahan-Bahan
Cili Api/Padi 4-5 biji
Cili Hijau 5-6 biji
Bawang Putih 4 ulas
Kicap
Sedikit Garam dan Gula

Cara-Cara nya
1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris)
2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend
3. Siap

Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak kurangkan pedas, so kurang kan cili api dan tambah pula cili hijau. Dia kata kalau buat colek2 takde la pedas sangat. Kalau makan sup atau soto dia suka bubuh sambal kicap banyak sebab nak gelap kicap sikit sup tapi taknak pedas sangat. Hehehe macam-macam, layan kan je la selera suami ku.

Version 3 : Pinjam Pinjam Resipi Makcik 

Bahan-Bahan
Cili Api/Padi 4-5 biji
Cili Hijau 5-6 biji
Bawang Putih 4 ulas
Bawang Merah kecik 2-3 ulas
Kicap
Sedikit Garam dan Gula

Cara-Cara nya
1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau, bawang kecik dan bawang putih (tak perlu hiris)
2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend
3. Siap

Hahahah ni hasil makan sambal kicap kat rumah makcik Jiha, rasa macam ada rasa bawang merah. So ku pun cuba la. Ok la sedap. Cuma kalau ikut rasa, version ni sesuai untuk colek2 dengan pisang goreng, keledek dan lain-lain. Kalau dengan sup atau soto, pada lidah ku macam tak sesuai lah. Version 1 atau 2 ok lagi untuk sup dan soto hehehe.

Makan dengan Mee Siput memang syok...sambal campur (sambal kicap dan sambal tumis ikan bilis)

Ok ini lah 3 Version resipi Sambal Kicap idaman hati kami sekeluarga. Tak lengkap tau kalau takde sambal kicap di rumh hehehee.

Selamat Mencuba

Comments

  1. Kicap ada banyak jenis. Salah kicap tak jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kicap apa yg paling sesuai ek?

      Delete
    2. setakat ni saya pakai kicap kipas udang, jalen pon ok jugak...ikut citarasa masing2 ehehehe

      Delete
  2. Terima kasih.. nak tanya.. goreng cili padi tu pakai minyak ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye goreng dengan minyak....cili tu goreng sekali dengan bawang putih

      Delete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Kedai Perabot MURAH di Pulau Pinang

Since ramai sangat yang bertanya tentang almari gojes khas untuk stok Shaklee tu... ok let me share
Memang kedai perabot ni MURAH la di area Pulau Pinang ni. Jiha discover masa mula-mula pindah Penang dulu sebab nak mencari stove cabinet. Since rumah sewa kan, cari yang murah la. Rumah sendiri nanti, kalau ada rezeki baru la pasang kitchen cabinet idaman kalbu ahahahaha.
So google punya google jumpa la... stove cabinet nya RM120 je. Rata-rata kedai yang kami survey, paling murah pon rm300, kualiti yang sama malah ada yang lagi teruk kualiti pun ada tapi mahal. Oh NO...tidak berbaloi. So akhirnya kat kedai Uncle tu, dapat beli stove cabinet dan cabinet untuk letak pinggan mangkuk semua. Puas hati hehehhee.
Almari stok Shaklee ku yang murah. Nak yang macam Ikea macam neni Hadhatina punya, tapi tak muat kereta la pulak nak angkut dr sana ke Penang. And if nak kumpul order pon...kos lori semua tu jd mahal jugak. So google and jumpa satu kedai ni, kat Simpang Ampat. Tapi harganya RM700. So…