Assalammualaikum,
Batuk dan Selsema semasa mengandung ni sangat tak selesa kan. Rusuk rasa tertarik bila batuk, perut mengeras dan pastinya ibu-ibu akan rasa risau dengan bayi dalam kandungan. Boleh ke makan ubat batuk dan selsema semasa mengandung? Selamat kah?
Pengalaman Nebulizer pagi petang
Semasa mengandung Aqeef Danial dulu, saya memang kerap sangat batuk selsema ni. Sampaikan pernah ke klinik setiap pagi dan petang selama beberapa hari untuk ambil nebulizer. Tetapi tetap juga tak lega. Rusuk rasa tertarik-tarik sebab cuba tahan dari batuk. Doktor ada beri ubat berasaskan herba yang sesuai untuk ibu mengandung, pun tak jalan. Seksa kan? Rasa lemah je.
Batuk dan Selsema Terkawal
Alhamdulillah mengandung anak kedua Auni Nadra dan sekarang anak ketiga, batuk dan selsema dalam keadaan terkawal. Walaupun negara dilanda jerebu yang agak teruk beberapa bulan, semua nya dalam keadaaan terkawal. Hampir 4 tahun memang pantangkan diri dari makan ubat batuk dan selsema. Untuk anak-anak pun sama. Saya hanya amalkan ini, (tapi pastikan amalkan sebelum melarat, kalau keadaan dah teruk, perlu ke klinik atau hospital dengan segera ok)
- Kaedah steaming
- Banyakkan minum air kosong, kurangkan air manis
- Sapu garlic oil pada dada, betis, tapak kaki
- Amalkan supplement semulajadi seperti Vitamin C, Garlic Complex, Omega Guard dan Nutriferon.
Amalkan 4 ni, Alhamdulillah terkawal sangat batuk dan selsema. Macam baru-baru ni saya agak berkahak sedikit. Biasanya bangun pagi tak selesa rasa kan. Rasa dada perit dan banyak kahak, tapi saya ambil 2 biji Vitamin C Shaklee sebelum tidur. Bangun pagi memang rasa lega sangat. Alhamdulillah.
Ubat kalau boleh elakkan, memang saya cuba elakkan dulu. Tapi memang kena konsisten setiap hari sebab supplement ni bukan ubat, supplement ni mencukupkan nutrisi yang diperlukan oleh badan jadi memang perlu ambil setiap hari agar badan sentiasa kuat dan sihat.
Sekadar berkongsi pengalaman saya yang batuk teruk masa mengandung dulu. Seksa nya hanya Allah sahaja yang tahu kan.
Kalau nak dapatkan konsultasi tentang kaedah steaming dan nak order vitamin Shaklee ni, bolah la hubungi saya ok. Sebolehnya melalui whatsapp atau sms, kalau call nanti dua orang anak syurga ni pun sibuk nak cakap sama hehehe.
Najihah Razali
0123807024
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies