Assalammualaikum,
Jiha nak kongsi 3 tanda-tanda hampir bersalin. Jadi ibu-ibu yang sedang menunggu hari ni, kena ambil perhatian ok. Kalau dah ada tanda ni boleh la segera ke hospital. Nurse kata biasanya ibu yang pertama kali ni memang akan terus ke hospital. Tetapi ibu yang sudah beberapa kali bersalin memilih untuk menunggu hingga betul-betul sakit. Kalau pendapat Jiha better pergi je, mana lah tahu bukaan dah besar kan.
1. Kontraksi / Contraction
Biasanya sakit kontraksi ni, bermula dengan sakit pinggang dan belakang dan kemudian bawa ke perut. Rasa dia lebih kurang macam senggugut. Kalau sakit tu datang berkala contohnya setiap satu jam sekali dan kemudian semakin kerap, setiap 30min sekali dan seterusnya. Segeralah ke hospital. Kalau sakit yang datang tu tak konsisten sela masa dia, itu tanda awal sahaja tapi kene sentiasa alert ok.
2. Pecah air ketuban
Ada sesetengah ibu mengandung yang tunggu hari ni, tiba-tiba air ketuban pecah. Yang ni memang perlu segera ke hospital supaya dapat pemantauan dari nurse dan doktor.
3. Keluar darah @ blood show
Biasakan memakai panty liner atau pun pad. Jika ada blood show, itu antara tanda bukaan sudah ada. Perlu ke hospital.
Berdasarkan pengalaman Jiha sebelum ni, Jiha memang bermula dengan sakit contraction. Menangkap di pinggang dan belakang. Rasa nak baring je. Kemudian rasa macam current kat perut. Jiha memang memilih untuk ke hospital terus. Lebih selamat.
Apa-apa pun, check je kat hospital kalau dah ada 3 tanda-tanda ni ok. Nurse dan doktor boleh cek bukaan dah berapa. Kita pun tak susah hati sangat kan.
Semalam borak dengan husband dia kata nak bersalin nanti kena minum Performance Drink dan ESP supaya ada tenaga masa bersalin nanti. Sebab dia tengok masa bersalin Auni Nadra dulu, Jiha memang lebih bertenaga dan proses kelahiran itu agak mudah. Masa Aqeef Danial dulu memang flat betul, sikit lagi je nak kene tolak for emergency c-sect.
Doakan Jiha ok. Agar semuanya dipermudahkan. Jiha pun doakan ibu-ibu yang sedang menunggu hari semoga dipermudahkan juga segala urusan.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies