Assalammualaikum,
InsyaAllah kali ni berpantang di Penang je sebab awal tahun kan Aqeef Danial dah start school kan. So memang mencari la menu berpantang ni. Senang untuk rujukan encik suami ku hehehehe.
Alhamdulillah dia boleh lah nak masak. So tak risau sangat lah. Kalau lah suami ku jenis tak geti memasak ni, alamatnye memang tapau atau order lunch box aje la. Hehehehe ada ke kat Penang orang provide lunch box menu pantang?
Terima Kasih lah pada insan-insan yang rajin kongsi menu pantang ni, samada kat blog atau pun FB. Jiha dah compile kan dan print. Senang terus letak kat dapur je nanti. (Kalau ada yang nak, boleh whatsapp Jiha korang punya email, nanti Jiha forward, korang boleh terus print aje)
Semalam Jiha prepare juga 'To Do List' untuk suami. Atleast task penting yang dia perlu buat sebelum pergi kerja. Rasanya ini aje kot yang dia kena prepare sebelum pergi kerja. Ke ada lagi eh?
Dah siap masak-masak tu, nanti maktang cedok sendiri la nak makan kan. InsyaAllah kuat setakat nak gi cedok makanan kat dapur. Hopefully kali ni pun energetic macam masa pantang Auni Nadra. Kena make sure tak culas makan Set Pantang juga.
38weeks minggu ni. Hopefully baby bertahan ye. Please be 2016 baby please hehehehe.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies