Skip to main content

Persiapan Barang Baby Siap di 35 Minggu Kehamilan

Assalammualaikum,

Alhamdulillah minggu ni nak masuk 35weeks. Dan boleh katakan semua barang dah setel. Weekend baru ni pergi Mom & Baby Expo kat Spice, Pisa. So borong semua barang yang belum dibeli kat situ. Harga memang lebih banyak murah sebab Jiha dah compare siap-siap hehehe.

List barang yang perlu dibeli dah ada, jadi terus zass zasss ke tempat yang patut dituju. Ada dua barang je yang tiada dalam list tapi Jiha beli hehehe. Tapi ok lah tak tersasar sangat kan dari budget hehe. Barang yang tiada dalam list ialah changing mat dan satu lagi instant swaddle blanket tu hehehe. Sebenarnya changing mat tu memang perlu sebab yang lama dah lunyau dah, swaddle blanket tu kalau yang satu basuh, atleast ni ada satu lagi. So sangat ok la. Tak rasa membazir sangat membeli.

Kalau ikutkan nafsu, geram je sebab banyak barang yang comel, baju comel, bedding set comel tapi memandangkan semua dah ada, so buat-buat tak nampak aje hehehe. 

Dari kiri atas - Ice block, Nursing bra, swaddle pouch
Dari kiri tengah - Feeding bottle and paci (beli satu je in case ibu sedang berurut ke baby nak susu, sebelum ni tak beli paci, tp berdasarkan pengalaman Auni sangat kuat mengempeng, so ibu tak larat, so kali ni terpaksa beli juga), NB diapers, Changing mat comel hehehe
Diri kiri bawah - Maternity pads, disposable panty, storage bags and storage bottles

Superdad hehehe. Angkut barang dengan carry Auni. Masa ni ok la Auni tidur. Masa kat Expo dengan meronta nak turun nya, dengan orang ramainye. Kesian suamiku hehehee. Tapi bahaya la kalau lepaskan Auni, nanti ada je projek dia dgn Aqeef. Aqeef dah besar so terkawal sikit la. Pegang tangan ibu ayah and jalan pun kat sekitar kami je.

Hasil borongan. Aqeef and Auni dapat berus gigi dan ubat gigi baru je hahaha. Barang baby yang banyak hahaha.

Updated senarai barang baby dan ibu yang perlu dibeli. Hah lengkap dah kan. Body support for car seat and stroller tu tak pasti la nak beli ke tak eh. Kalau takde pun takpe kot kan. 

Untuk baby

1. Diapers (NB)
2. Towel 3helai
3. Sleepwear 3 pasang (NB)
4. Daywear 3 pasang (NB)
5. Mitten, Booties 3 pasang Done 
6. Swaddle Me Blanket 1  Done tapi rupa tak seperti di gambar hehu tapi boleh la
7. Cotton Wool
8. Tropika Baby Cream
9. Tropika Baby Oil
10. Body Support for Car seat and Stroller

Untuk Ibu

1. Maternity Pad
2. Disposable Panty
3. Bengkung (extra)
4. Tropika Post Natal Massage Oil
5. Param, Pilis, Tapel (gf Durrani nak kasi hehehe)
6. Tunku Besi
8. Booking tukang Urut

Bag hospital pun Alhamdulillah dah semakin lengkap. Baby punya bag dah setel. Ibu punya sikit-sikit je lagi.

Bag baby
  1. Daywear 2 pasang
  2. Sleepwear 2 pasang
  3. Barut 3 helai
  4. Hat, Mitten & Booties 2 pasang
  5. NB diapers 6 keping
  6. Swaddle Blanket 2 helai
  7. Towel 1 helai
  8. Tropika Baby Cream
  9. Baby wipes
Bag Ibu
  1. Selipar toilet
  2. Tudung sarung 2 helai
  3. Sweater 1 helai
  4. Stokin 1 pasang
  5. Towel 1 helai
  6. Maternity Pad 1 pack
  7. Skirt 2 helai (tak pandai nak pakai kain batik hehehe)
  8. Telekung & Quran
  9. Hp charger
  10. Toiletries
  11. Air Zam-Zam
  12. Kurma
  13. Tropika Post Natal Massage Oil
  14. Set Pantang especially Ostematrix takleh lupa...takut sembelit woo...seksa hahaha
  15. Buku Merah
5 more weeks to go. Semoga dipermudahkan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20