Assalammualaikum,
Sembelit ketika pantang antara mimpi ngeri ibu yang baru melahirkan. Kenapa? Sebab ianya memang betul-betul sakit dan menyeksakan.
Gesaan ingin membuang air tu semacam sakit kontraksi juga tetapi lebih mengerikan sebab ibu bimbang luka bersalin akan terkoyak, ataupun sudah ada luka di dubur akibat sembelit sudah beberapa hari.
Pengalaman berpantang anak pertama memang menyeksakan dengan kedatangan sembelit ni.
Jadi semasa anak kedua, persiapan awal dah dibuat. Setelah membuat bacaan dan cari beberapa testimoni, saya buat keputusan untuk ambil Ostematrix dan Set Pantang Shaklee yang lain.
Alhamdulillah, tiada masalah sembelit semasa berpantang anak kedua. Semoga berpantang anak ketiga ni pun, segalanya lancar. Saya terus menerus mengamalkan vitamin Shaklee sejak berpantang anak kedua dulu.
Antara tips lain untuk mengelakkan sembelit ialah;
1. Minum air kosong secukupnya
2. Lebihkan buah-buahan seperti oren sunkist
3. Ambil sup sayur
4. Pastikan anda ke tandas dengan segera bila ada 'rasa' datang.
Semoga semua ibu berpantang dapat berpantang dengan lancar dan tidak mengalami sembelit yang mengerikan itu.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies