Assalammualaikum,
Apa aktiviti korang di hujung minggu? Kalau dulu, hobi hujung minggu kami sekeluarga ialah bangun lewat bermalas-malasan di rumah. Sungguh tidak sihat kan tu yang sampai badan dah tahap Obese pun masih tak perasan.
Tapi sekarang tidak lagi hehehehehe. Kami sudah insaf. Hobi kami sekeluarga sekarang lebih sihat dan ceria. Jom Jiha kongsikan 3 aktiviti kami sekeluarga di hujung minggu. Ini antaranya lah ye.
1. Beriadah di taman
Kat Penang ni banyak taman yang best. Even kat kawasan sekitar rumah ni pun ada beberapa taman yang best. Kalau nak yang jauh sikit boleh pergi ke Taman Belia, Taman Botani ataupun Padang Kota.
Kat Taman Belia dan Taman Botani best sangat sebab sejuk mata tengok pemandangan menghijau tau. Kat Padang Kota pula, antara aktiviti yang best ialah main bubble. Hehehehe kami sekeluarga memang suka main bubble. Biasanya kami jogging dan Jiha akan workout kat tepi sementara tu husband tolong tengok kan anak2. Anak-anak pun seronok sebab ada playground kan. Tapi pergi ke tempat awam yang ramai macam ni, parents kena extra alert. Tak boleh leka, kena awasi anak-anak setiap saat. Pastikan bawa jugak Mosquito Repellent ye. Macam Jiha, Juha sapukan cream Herbal Blend kat anak-anak supaya dapat elak dari gigitan nyamuk.
2. Join acara larian (Fun Run)
Masih dalam kategori Fun Run lagi. Belum mampu nak Half Marathon, apatah lagi Full Marathon. Hehehe InsyaAllah satu hari nanti bila badan lebih fit. Terima Kasih kat suami yang kasi can isterinya ni untuk join larian. Ni boleh katakan my 'me time'. Lari di waktu pagi sendiri, rasa nyamannya. Rasa fresh minda. Dalam kepala cuma ada keazaman untuk berlari dengan lebih baik, untuk beat own previous record. Jiha sendiri pun tak sangka boleh suka pulak nak berlari ni, kalau dulu memang rasa tak tercapai dek akal fikiran. Ye la dulu saya ni 'potato couch' aje. Mana nak buat aktiviti sihat macam ni. Sekali tu bila dah join, eh suke pula kita. Kalau ada nampak je running events yang tak clash dengan aktiviti Shaklee Jiha, terus ke register. Dan kepuasan dapat menghabiskan larian dan dapat medal. Ku sukaaa.
Untuk pastikan Jiha bertenaga untuk larian, Jiha akan minum Performance Orange dan juga Cinch Teamix. Memang energetic uollss.
3. Tengok movie
Hah dah jadi mak mak ni, movie yang ditonton hanya lah cerita anak2 aje. Takpe lah asalkan anak-anak gembira. Ni pon masa rehat Jiha juga. Jadi mak penat kan, kadang2 Jiha tidur je dalam movie. Ayah n anak2 yang tengok movie. Hahaha ni bukan hobi tengok Movie ni, ini tidur dalam movie ni hahaha.
Apa hobi korang?
hi, saya datang singgah sini sambil follow :)
ReplyDelete