Skip to main content

Trip Jogja-Jakarta Siri 3 : Kali ke dua di Jakarta


Alhamdulillah selepas 7 jam perjalanan menaiki train dari Jogja, sampai lah kami ke Jakarta, sampai di station Gambir, sementara menunggu Van dari Hotel Santika untuk pick up kami, kami solat dulu di Musholla (Surau). Kecil je surau dia, boleh memuatkan dalam 4-5 orang sahaja dalam suatu masa. 

Oh ya, selepas je turun dari train tu, ramai pekerja yang nak tolong angkat bagasi nya ya. So pandai-pandai lah kamu bagi tips nya. Ramai tau hehehe. Sebab kami pun ramai, dalam 6 keluarga macam tu maka bag pun banyak lah kan. 

4 hari 3 malam di Hotel Santika Premiere, Jalan Slipi

Cantik banget!!! Cantik hotelnya, sejuk je mata memandang hehehe. Dan kedai makan pun berdekatan je. Ada kedai Nasi Padang di belah kanan hotel, dan sebelah kedai Nasi Padang tu ada mart so nak beli apa-apa senang lah. Jalan tak sampai 5 minit maka sampai lah ke kedai Nasi Padang yang enak itu. Seriously kedai ni memang sedap lauk dia. Dulu masa 2011, makan juga kat kedai Nasi Padang tapi kurang enak, tapi kedai yang dulu tu lebih grand rasanye. Tapi yang penting sedap kan. Sambal Ijo dia memang terbaik lah hai. Bahaya buat ku menambah-nambah nasi hahahahaha.

Oh berdekatan juga dengan kedai Dobi yang murah ya. So tak perlu guna laundry service dalam hotel hehehehe.

Di belah kiri hotel (jalan juga la sedikit), ada juga kedai Nasi Arab ye hehehe, Nama nya Sinbad. So kalau dah boring makan Nasi Padang, boleh makan Nasi Arab. Sebenarnya hari yang kami makan Nasi Arab tu (last night in Jakarta), kami plan nak ke Pasar Baru tapi Bellman di Hotel kata, kalau nak pergi ke sana dengan keadaan yang sedang macet (jammed), 2 jam baru sampai...Oh No No No semua penat kot. Jakarta memang macet ye, paling kurang setengah jam ada nak sampai ke destinasi yang dekat je pun. So malam last tu kami dinner Nasi Arab je di sebelah hotel hehehe.


Enjoying his mee goreng
First Night in Jakarta...nak gi makan Nasi Padang
Seriously sangat sedapppp
Seperti biasa, air cantik sihat saya tak boleh tinggal

sedap juga breakfast dia

muka penat abes ye ni hehehehe
Hotel Santika Premiere yang sangat cantik

Shopping di Thamrin City dan Mangga Dua

Hari ke dua kami di Jakarta, paginya kami shopping di Thamrin City ataupun di sana dierang panggil ThamCit hehehe. ThamCit ni best la, banyak baju, ada pusat batik, ada pusat tudung dan sini lebih selesa berbanding Mangga Dua dan Tanah Abang ye. So siapa bawa anak dengan stroller memang sini pun dah best dah untuk shopping ye.

And for me, baju-baju kat sini pun lebih up to date. Shawl pun banyak cantik dan murah...ada 5 pasang Rp100,000, ada 6 pasang Rp100, 000....so dalam RM5 - 6 je. Murah kan. Sedozen ku borong hahaha.

Kami lunch di Bakmi GM dalam ThamCit jugak, nasi goreng nya sedap, portion pun banyak.

Lepas lunch, kami berpecah ada yang ke Tanah Abang, ada yang ke Mangga 2...so Jiha join geng ke Mangga Dua. Ramai gila orang hehehe. Kat sana sempat grab satu luggage hahaha. Sebab sah sah la tak muat bag yang sedia ada. Hehehehe. Beli bag sekolah Aqeef jugak. Planes ye...pecil case pun Planes. Untuk Auni Nadra beli handbag kecil Frozen dan Sofia the First hehehe.

Untuk Ibu beli maxi batik je. Satu RM30...sedap gila kain dia..menyesal lak tak beli banyak tau huhuhu.

Selepas shopping di Mangga 2, kami terus menuju ke Monas untuk bergambar. Oh tapi gambar banyak dalam kamera abang PB dan dedi MKB la... So layan gambar ape yang ada je la ye

ni lepak-lepak di Monas..gambar dengan background tugu Monas lom dapat lagi heheh

hahaha catit apa lah tu..ni di ThamCit...noticed baju pink yang gantung betul2 belakang I tu...sekarang dah ada dalam almari ku hehehehe...love it..love the lace, love the beads

ape aje la mami and dedi beli tu hehehehe


Ok la...cerita Jakarta ni panjang sangat...tunggu next entry ya hehehehe


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20