Assalammualaikum,
Memang cocok la tajuk ni sebab baru-baru ini Jiha ada join satu group di Facebook iaitu 'Kami Suka Susun Atur'
Banyak sangat tips kemas rumah dan susun atur yang dapat dari situ. Seminggu jugak la spring cleaning rumah.
So ni Tips nak bagi rumah kemas ye
1. Minimakan barang dalam rumah!!! Buang yang tak perlu. Kalau masih elok, sedekah kat orang. Macam kain baju yang banyak. Banyak-banyak pun tak pakai pun kan. Makan ruang sangat. Bila barang banyak sangat kat dalam rumah. Mula la semakin bersepah.
3. Untuk laundry pulak, Jiha memang akan basuh baju setiap hari. Bangun pagi terus basuh baju dulu. Melainkan baju kotor terlalu sikit, so dua hari sekali pun boleh
4. Lipat baju yang paling payah sekali. Biasanya rutin lipat baju waktu tidur Auni waktu petang. Tapi buatnya dia tak tidur petang tu, alamat tak terlipat la, Menggunung lah jawabnya. Bukan apa, kalau dia ada, nanti baju yang kita dah lipat tu dia kirai-kiraikan balik. Fuh memang menguji kesabaran betul la. Ibu asek la bertukar jadi hijau (read : Incredible Hulk)
baju anak lebih mudah dicari sekarang |
5. Toys anak?? Sejak bubuh dalam bekas yang kecil-kecil untuk simpan toys, nampaknya ini menggalakkan Aqeef Danial untuk kemas toys sendiri. Hahahaha bab ini Ibu suka sangat. Ada bekas macam ni, dia nak ambil toys pun senang, nak simpan pun senang. Sebelum ni bubuh dalam one big storage box, abes dipunggah-punggahnya.
6. Vacuum dan menyapu kena selalu juga sebab anak-anak ni kalau makan biskut, habis bersepah-sepah.
Tapi lah kan,,,dengan anak kecil 2 orang ni, memang tak la nak dapatkan rumah kemas terletak. Cukup lah sekadar bersih. Kang terlalu nak kemas terletak boleh stress ibu dan anak pulak. Tak best tak best hehehehe
Make sure korang sentiasa bertenaga ye, especially Wahm kan, nak fikir rumah lagi, nak fikir kerja lagi.
Kata kunci nya...bila rumah organize, lagi mudah mengemas!!
Selamat mengemas rumah semua!!!
thumbs up akak...
ReplyDeletejoin KSSA mmg kita termotivate skali kn
mmg terinspirasi join group tu hehe
Deletesamala kita ada ank kcik 2 org jgk.. :)
ReplyDeletehehehe havoc tak?
Delete