Assalammualaikum,
Ok sempena 16 days PhotoChallenge Day 1 : Handwriting ni, Jiha nak share sikit apa keistimewaan menulis ni.
Tulis atas kertas ni, bagus tau. Sebab kita akan lebih ingat benda yang kita tulis tu.
Dari zaman student dulu, mesti nak tulis nota-nota yang Jiha extract dari buku teks.
Nak lagi bagus, tulis banyak-banyak kali.
Tulisan melambangkan rupa??
Hahaha ini tak boleh lupa, masa minggu orientation diploma di UITM, ada seorang lecturer ni share sikit info mengenai tulisan tangan dan rupa seseorang.
Dia kata kalau tulisan tangan seseorang tu cantik kemas, makna nya si penulis tu tak berapa cantik. Jadi dia akan cantikkan benda lain yang dia guna, buat.
Kalau tulisan tak cantik maknanya pemiliknya cantik.
Hahaha yang lawaknya, masing-masing nak mengaku tulisan tak lawa masa tu.
Hehehe rasanya itu semua tak betul kot. Kalau ada pun mungkin kebetulan aje.
Tulisan Tangan Jiha??
Jiha perasan semakin tua ni, semakin buruk tulisan ku. Mungkin sebab sekarang ni dah more on menulis kat smartphone dan keyboard laptop je kan. Masa kerja dulu, ada juga tulis, atleast 'To do List' mesti kena tulis sebaik sampai je opis.
Tapi bila join Shaklee ni, semakin rajin menulis, 'To do list' , 'Target' dan banyak lagi. Dah banyak juga buku nota comel-comel penuh dengan tulisan ku hehehehe.
Tulisan i mmg xcantik.hehe
ReplyDeleteni tulisan comel2 nama die.. nak baca nota lbh senang kalau tulisan gini kan..hehe
ReplyDelete