Skip to main content

Simpul biawak semasa hamil tanda kurang kalsium?

Simpul biawak atau pun kekejangan pada betis semasa hamil sangat menyeksakan kan? Ramai ibu hamil yang mengadu tidak tahan. Jiha sendiri pun pernah ada pengalaman simpul biawak ni semasa hamil anak pertama. Esoknya terhencut-hencut berjalan. Tetapi anak kedua, ketiga dan keempat tak kena pun simpul biawak ni. Alhamdulillah. Nak tahu rahsianya?
Gambar ihsan google

Simpul biawak tanda anda Kekurangan Kalsium
Tahukah punca kekejangan kaki ini ialah apabila anda kurang pengambilan kalsium. Ibu hamil terutamanya, sumber kalsium harian yang diambil mungkin tidak mencukupi kerana kalsium telah diserap oleh bayi dalam kandungan untuk pembetukan tulang bayi yang sihat.

Jadi jika pengambilan kalsium tidak cukup untuk menyokong keperluan ibu hamil dan bayi, kesan jangka pendek nya ialah ibu hamil akan mengalami masalah simpul biawak atau kejang kaki. 

Info : Ibu Hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Segelas susu mempunyai lebih kurang 100~200mg kalsium sehari, jadi sekurang-kurangnya, Ibu hamil perlu minum 5-10 gelas susu sehari.

Sesetengah ibu Hamil tidak lalu untuk minum susu kan, tapi jangan risau ada sumber makanan lain yang kaya dengan kalsium seperti brokoli tetapi ianya juga perlu dimakan dalam kuantiti yang banyak juga untuk memastikan cukup bekalan 1000mg kalsium sehari.

Pengalaman saya sendiri semasa mengandungkan anak pertama, sering kena masalah kejang kaki ini sebab semasa mengandung memang tak lalu langsung untuk minum sebarang jenis susu. Pengambilan sayur yang ada kalsium juga kurang. Mengandung anak pertama belum ada kesedaran kepentingan nutrisi lengkap lagi, akibatnya merana la setiap malam kejang kaki, jalan di pejabat pun terhencut-hencut.


Lengkapkan kalsium anda dengan Ostematrix

Ostematrix kaya dengan kalsium dan beberapa mineral yang lain seperti Magnesium. Sebiji Ostematrix membekalkan sebanyak 250mg kalsium. Jadi anda hanya perlu ambil 4 biji Ostematrix sehari untuk dapat cukup 1000mg kalsium sehari. Lagi keistimewaan pil Ostematrix ini ialah, ianya sangat mudah ditelan, jadi jangan takut kalau perlu ambil sampai 4 biji. Fikirkan kepentingan Ostematrix ini untuk bayi anda dan agar anda tidak kena masalah kejang kaki lagi.

Apabila mengandung anak kedua, saya makan Ostematrix yang ada dalam Set Mengandung, jadi memang tiada masalah kejang kaki lagi.

Oh ya, lagi satu sebab kenapa Ostematrix wajib di ambil oleh Ibu Hamil ialah, ianya bagus untuk mengelak dan mengatasi masalah sembelit.


Teruskan pengambilan Ostematrix selepas bersalin

Bukan semasa hamil sahaja perlu ambil Ostematrix, malah perlu diteruskan lebih-lebih lagi jika anda menyusukan bayi dan jika anda tidak mahu gigi anda cepat gongak dan terpaksa pakai gigi palsu pula kan. Pendek kata ibu hamil ke atau semua orang pun patut ambil Ostematrix sebagai pelengkap kalsium harian masing-masing. Orang perempuan lebih kritikal kerana jisim tulang kita lebih rendah daripada lelaki. 

Dapatkan Ostematrix anda hari ini. Boleh klik terus di gambar eSell untuk pembelian


Atau kalau berminat untuk dapatkan diskaun istimewa, boleh klik gambar di bawah ni. InsyaAllah Jiha akan terangkan kelebihan menjadi ahli. Memang boleh jimat banyak.


HUBUNGI: 
Najihah Razali 0123807024 (Whatsapp)
sitinajihah83@gmail.com
Fanpage : JOM KITA SIHAT

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l