Skip to main content

'Ladies Vacation' Di The Owl Homestay, Kuala Lumpur

Jadi ibu yang bekerja sepenuhnya dari rumah dan jaga anak ni memang indah tapi memang memenatkan la kan. Tipu la kalau tak penat. Masa untuk diri sendiri tu memang boleh dikatakan takde hahaha. Ibu yang bekerja pon penat jugak, tapi sometimes mereka ada 'me time' la jugak masa lunch break ke.

Jiha masa kerja dulu pon, time lunch tu la nak pergi shopping sikit ke. Sekarang ni dah jadi Wahm memang tak merasa lah sebab nak kemana-mana memang kena bawa anak sekali hehehehe.

Jadi bermulalah idea 'Ladies Vacation' ni. Masing-masing nak kan masa sendiri dengan kawan-kawan baik sahaja. Untuk relax dan recharge diri. Masing-masing minta izin suami. Memang bukan senang nak dapat izin lagi-lagi dari Hairus tu heheheh. Dia fikir risau kalau apa-apa jadi kan jauh. Tetapi bila dah explain semua dia pon izinkan. 

Semoga persahabatan ini kekal hingga ke Jannah

Aktiviti kami berkumpul bukannya nak merayau sangat ke sana sini. More to duduk lepak bersama dan borak. Alhamdulillah kami dah berkawan sejak zaman university lagi. Sebenarnya dah beberapa tahun kami buat Annual Vacation Gossip Mommies and Family. Tapi tu semua la, suami dan anak-anak pon ada sekali. Tapi kali ni baru first time 'Ladies Vacation' hehehe.

Pagi Sabtu 1 April tu, flight Jiha dari Penang ke Subang pukul 805. Sampai je di Subang terus Aisyah jemput dan singgah ke ofis dia ambil barang sekejap dan sarapan di kafe ofis. Masuk ofis orang , terkenang jugak zaman kerja dulu. Ada juga rindu suasana tu tapi Jiha dah suka sangat dah kerja Jiha sebagai Wahm Shaklee ni.

Dari situ kami terus gerak ke Sunway Putra Mall sebab homestay yang kami akan duduk tu, area Putra Mall je. Sempat la jugak shopping dengan Aisyah. Dari tak plan nak beli baju, terbeli pulak hahahaha. Tak lama the rest of the gang pun sampai. Kami lunch dan borak gelak-gelak macam apa hahahaha. Rasa seronoknya dapat borak tanpa ada suara-suara kecil 'ibu....Auni berak...nak wash' hahahaha.

Sebelum check in homestay, kami beli ration dulu di Cold Storage. Sebab nanti malam nak borak-borak lapar pulak. Hahahaha aktiviti kami memang duduk dalam homestay je. Borak, makeup, photoshoot dan borak borak borak borak.



love this picture
bila makcik makcik 30an melaram hahahah
Esok paginya kami breakfast sushi. Sushi delivered by Mat's Kitchen

Pagi Ahad, bangun pagi dan sambung borak hahaha. Sushi sampai dan ada buat Egg Sandwich sikit. Kami sarapan sambil borak. Macam-macam topik. Rindu dah rasa moments tu. oh kami tinggal di The Owl Homestay. Cantik ID dia. Tema Rustic. So kalau korang rasa nak feeling dok homestay cantik, boleh la try The Owl Homestay. Owner dia pun baik dan bertimbangrasa. Nak check in awal boleh, nak check out lambat boleh. Tapi kami pilih untuk check out lepas Zuhur je sebab nak lunch kat luar dulu sebelum masing-masing pulang ke pangkuan keluarga tersayang.

Apa sepet benar Jiha tu hehehe
  
Masa ni Boo dah balik, ada hal sikit

Lepas check out terus ke Bangsar Village untuk lunch. Semua dah kenyang dan borak lagi, masing-masing dah ready untuk balik. Alhamdulillah walau pun sekejap tapi sangat bermakna. Dapat time off sekejap dari tanggungjawab rutin pun rasa lega sangat dah.  Dah salam laga pipi suami, semua pun berpecah dan Aisyah hantarkan Jiha ke aiport balik.

InsyaAllah dengan izin suami masing-masing, setiap tahun akan ada Ladies Vacation ini nanti.


The Owl Homestay memang cantik. Kami sewa Unit 3. Ni la homestay yang kami duduk. Rustic kan. Cantik. Kami teringin nak duduk sini lepas tengok cerita Suri Hati Mr Pilot. Terus cari kalau-kalau open for homestay heheeh.







Tak sabar nak gemukkan lagi Cash Bonus Shaklee supaya Tabung Travel ku juga gemuk. Banyak ni acara tahunan hehehe. Annual Vacation Gossip Mommies, ni dah tambah Ladies Vacation, InsyaAllah tahun depan nak buat Family Day keluarga Razali & Norizan dan. Dan ada lagi satu destinasi impian kami suami isteri target nak pergi tahun depan so memang kena gemukkan Cash Bonus Shaklee ni. Nasib baik la ada juga extra vacation yang Free je Shaklee kasi. Kalau tak kena extra extra gemuk Tabung Travel ku hehehe. Semoga dipermudahkan.

Comments

  1. seronoknya reunion dengan bff. homestay pn nmpak cntik

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear....memang seronok, borak je keje kami hehehe

      Delete
  2. Great information! For everyone who need to know about Airport Taxi Lcct Kuala Lumpur, please contact with GoAsiaDayTrip - the most trusted airport transfer and day tour company in Southeast Asia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20