Skip to main content

Test untuk GBS Positif??

Alhamdulillah hari ni 23weeks and 2 days. kurang 5 minggu lagi nak masuk trimester ketiga iaitu trimester terakhir kehamilan. Terasa lama mengandung kali ini sebab Jiha dapat detect awal kali ini. Tak macam tiga pregnancy sebelum ini, HCG level agak low, so agak lambat double line tu nak keluar. Kali ini 4 minggu dah clear betul double line tu.  

Anyway, since tak lama lagi nak masuk ke trimester ketiga, macam ada plan nak buat HVS test untuk cek GBS. Ibu-ibu tahu tak tentang GBS POSITIF kalau nak baca ye. HVS test ni tak wajib pon tapi bagus la kalau nak buat sebagai langkah berjaga-jaga. Antara simptom awal ialah kencing kotor. Alhamdulillah sejak pregnant Auni Nadra lagi, Jiha tiada masalah kencing kotor. Asbab amalkan Set Prenatal Shaklee kot ye. Masa pregnant kan Aqeef Danial dulu ada sekali masalah kencing kotor ni. 



Tetapi kencing kotor tu antara simptomnya lah. Banyak lagi seperti keputihan melampau. Dan tak semestinya tiada masalah kencing kotor, takde GBS Positif. Jadi seeloknya buat lah test ni kan. Kalau negatif Alhamdulillah. Kalau positif, nanti selepas bersalin, ibu kena on antibiotik. Boleh dapatkan info lanjut dari doktor masing-masing ye.

Ikhtiar Jiha untuk elak masalah kencing kotor dan GBS Positif ni, selain amalkan Set Prenatal Shaklee, Jiha add on juga Garlic Complex sebab ia merupakan antibiotik semulajadi. Pregnancy kali ini, dari awal trimester Jiha amalkan Garlic Complex. Jerawat halus di dahi pun tak muncul kali ini. Tidak seperti 3 pregnancy sebelum ini, masa trimester pertama je, jerawat halus berpasir penuh kat dahi hehehe. Sekarang bila amalkan Garlic Complex, tak jadi pula macam tu, kulit pun bertambah licin hehehe. Alhamdulillah, makan sebab nak elak kencing kotor dan GBS Positif, tetapi dapat hasil best pada kulit.

Ibu-ibu kalau ada pengalaman buat HVS test untuk cek GBS tu, boleh la tinggalkan komen. Berapa kos untuk buat test tu ye. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l