Skip to main content

Posts

Showing posts with the label set kanak-kanak

Reward Chart untuk anak-anak kesayangan

Assalammualaikum, Nak share salah satu method nak bagi anak-anak seronok dan ibu pun kurang stress hehehee. Mengandung ni kena elakkan stress dan marah-marah kan. So buat la ini sebagai satu usaha 'Mak Tak Marah Anak' heheheh Reward Chart. Dulu masa Aqeef setahun pernah buat, apa aja kebaikan yang dia buat, ibu akan tampal sticker kat chart dia. Tapi lama dah tinggal benda ni. So baru-baru ni teragak nak buat balik ni. Alhamdulillah seronok rasa. Anak-anak seronok, ibu lagi seronok sebab dah kurang sikit buat kerja rumah ni. Satu untuk Aqeef Danial dan satu untuk Auni Nadra Reward Chart yang kali ini ibu buat senarai yang lebih spesifik. Benda yang sebelum ni susah sangat anak-anak Jiha nak buat dengan sendiri ataupun kalau dah suruh pun macam liat juga nak buat kan.  DIY je sendiri Buat sendiri je. Kalau nak design cantik-cantik pun boleh. Nak fancy pun boleh. Macam Jiha ni idea ada tapi nak buat tu kang tak terbuat. Jadi buat yang simple macam ni je. ...

Perkembangan Aqeef Danial selepas dah masuk taska

Assalammualaikum, Alhamdulillah sejak dah masuk taska ni, nampak banyak sangat perkembangan Aqeef. Sebelum ni Jiha terlalu bimbang sebab nampak perkembangan dia tak macam budak umur 5 tahun yang lain. Tapi Alhamdulillah, ibu pun dah boleh terima yang lain budak lain perkembangan nya. Apa pun, tetap berasa bangga dengan Aqeef.   Oh tapi ni pun dah bulan 8 kan. Masa mula-mula masuk taska, bila ibu tanya 'Belajar apa kat school?' Memanjang belajar ABC je. Hari-hari tanya tu je jawapan dia dan malas nak jawab. Oh ya, sebelum masuk taska, ABC pun dia tak kenal semua lagi (my bad huhuhu), tapi Alhamdulillah sekarang dah kenal semua. Semakin galak dia menunjukkan apa yang dia belajar lepas Jiha masukkan dia ke kelas extra. Kelas Bahasa Mandarin. Seminggu sekali je, sejam seminggu kat taska dia juga. Sejak tu dia sendiri yang sibuk bercerita apa dia belajar di taska. Bermula dengan subject Mandarin dan sekarang subject lain pun dia dah seronok nak bercerita. Alhamdul...