Skip to main content

Reward Chart untuk anak-anak kesayangan

Assalammualaikum,

Nak share salah satu method nak bagi anak-anak seronok dan ibu pun kurang stress hehehee. Mengandung ni kena elakkan stress dan marah-marah kan. So buat la ini sebagai satu usaha 'Mak Tak Marah Anak' heheheh

Reward Chart.
Dulu masa Aqeef setahun pernah buat, apa aja kebaikan yang dia buat, ibu akan tampal sticker kat chart dia. Tapi lama dah tinggal benda ni. So baru-baru ni teragak nak buat balik ni. Alhamdulillah seronok rasa. Anak-anak seronok, ibu lagi seronok sebab dah kurang sikit buat kerja rumah ni.

Satu untuk Aqeef Danial dan satu untuk Auni Nadra

Reward Chart yang kali ini ibu buat senarai yang lebih spesifik. Benda yang sebelum ni susah sangat anak-anak Jiha nak buat dengan sendiri ataupun kalau dah suruh pun macam liat juga nak buat kan. 

DIY je sendiri
Buat sendiri je. Kalau nak design cantik-cantik pun boleh. Nak fancy pun boleh. Macam Jiha ni idea ada tapi nak buat tu kang tak terbuat. Jadi buat yang simple macam ni je. Buat warna warni sikit asalkan anak-anak gembira. 

Stiker comel-comel dan murah boleh beli di Mr DIY. Yang Jiha beli ni, bukan di bahagian stiker pun sebenarnya (nak cari stiker STARS tapi takde pulak). Lalu kat bahagian DIY craft , gift cards tu, ternampak satu art craft ni, dia ada stiker juga. Lebih banyak pula tu dan hanya RM1.80. So pandai-pandai cari kalau nak jimat. Sebab nak pakai banyak juga kan sticker.

sikit-sikit tanya, kalau buat ni dapat stiker tak ibu? hehehhee

Lega banyak sangat, dah masuk 3 hari ni, kemas toys dan kemas bilik semua anak-anak buat. Baju kotor pun masuk bakul. Solat pun excited. Tapi kena terapkan la juga ye.. Buat bukan sebab sticker aje. Ibu selalu pesan macam ni 'Ibu bagi sticker ni best kan, tapi Allah bagi reward lagi best, pahala' 'Nanti Allah sayang'

Alhamdulillah, ibu pun dapat kurang dari marah anak. Kadang kalau ibu penat sangat nak uruskan semua memang boleh burst juga. Harapnya usaha ni dapat beri hasil lagi positif.


Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20