Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe.
Cyst pada kehamilan ketiga
Pengalaman ini bermula pada April 2015. Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.
'Awak tak pregnant tapi ni cyst'
Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtiar dengan GLA Complex sebab dah ramai yang cyst nya kecut lepas amalkan GLA Complex ni. Tapi 2 minggu je Jiha makan GLA Complex sebab instinct masih rasa yang diri ini pregnant. Pergi lagi check di Pearl. Yes I'm pregnant. Alhamdulillah. Serta merta Jiha stop GLA Complex tapi Jiha amalkan Omega Guard sejak dari awal trimester lagi.
Sepanjang mengandungkan Amna Haneena, asbab mengamalkan Omega Guard (dan Set Prenatal Shaklee) dengan konsisten, cyst Jiha maintain size 4cm dan dalamnya ialah cecair. Jiha jumpa doktor pakar yang berlainan. Ada doktor ni, yang agak tua la...dia tegas kata,
'Takde apa yang perlu dibimbangkan, awak fokus je pada kehamilan'.
Check up di Klinik Kesihatan pun, setiap kali doktor akan scan. Since size di bawah 5cm dan isinya cecair, tidak perlu refer ke hospital.
Faktor pemakanan sangat penting
Selepas beberapa bulan melahirkan Amna Haneena, Jiha mula amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Eat Clean dan juga kerap bersenam. Masa tu cyst maintain je 4cm tetapi Jiha tak sambung makan GLA Complex sebab dulu ada pengalaman menggangu penyusuan susu ibu bila ambil GLA. Jadi cadangnya selepas Amna Haneena genap 2 tahun dan putus susu baru nak mula GLA. Tapi sejak raya 2016, aktiviti eat clean Jiha agak tersasar sedikit dan sejak itu lah tak pergi follow up cyst. Makan pun makanan yang tak elok untuk cyst seperti daging, gluten etc. My bad huhuhu.
Kehamilan yang tak disangka-sangka
Since Jiha menyusukan anak, memang jenis period datang lambat. Anak dah umur setahun lebih baru period datang. Jadi tak pernah la sangka period tak datang ni disebabkan cyst atau hamil. Tapi ada beberapa symptom cyst yang Jiha alami;
- Perut yang sangat bloated
- Bawah perut terasa berat (fikirnya peranakan yang jatuh, rupanya cyst dah membesar)
- Sesekali terasa sakit yang tajam menyucuk di bawah abdomen.
Jiha teragak nak buat UPT, and to my suprise 'double line' yang sangat jelas. Sungguh terkejut juga hehe. Bila jumpa doktor, scan memang kata pregnant tapi....
Ada 2 cyst bersize 4cm (fluid) dan 7cm (solid). Cyst 7cm solid tu yang membimbangkan doktor sebab khuatir ianya kanser. Dan tentunya membimbangkan Jiha. Sebab banyak sangat kes cyst pecah dan bayi keguguran. Allah. Doktor beri tempoh sebulan untuk cek progress. Kalau mengecut di bawah 5cm, hanya perlu observe sahaja. Tapi kalau tidak, cyst itu perlu dibuang segera secara pembedahan.
Ikhtiar selagi boleh.
Jiha ambil keputusan untuk ikhtiar dengan Vivix. Ambil dua kali sehari. Selama sebulan tu ada perubahan tetapi sedikit, cyst dari 7cm hanya turun 6.5cm. Kalau tak pregnant, mungkin Jiha akan tunggu lagi tanpa perlu pembedahan. Tetapi sebab dah pregnant dan sudah 16minggu, doktor nasihatkan untuk remove cyst. Kalau tak remove, cyst boleh pecah, twisted dan boleh menyebabkan keguguran dan ovary boleh dibuang. Nauzubillah.
Jiha diterangkan dan baca juga risiko pembedahan semasa mengandung ni, cuba terima dengan hati terbuka. Ini juga kira jalan ikhtiar juga.
30 Jun 2017 - Pembedahan open method (czer) untuk buang cyst pada 16 minggu kehamilan
Sungguh la tak sangka akan berpengalaman czer sedangkan ketiga-tiga anak dulu dilahirkan secara normal. Ini lah ketentuan hehehe.
Nurse semua agak suprise sebab Jiha sedang mengandung tetapi nak jalani pembedahan. Kes pembedahan kat situ biasanya bayi dah keguguran agaknya. Havoc juga semua nurse nak tanya. Pagi tu bila dah ditolak ke OT, pakar bius pun terkejut bila kata pregnant 16weeks. Dan dia terangkan risiko bius. Jiha angguk sebab dah baca risiko nya. Jiha under General Anesthesia, totally tidur lah. Sebelum ditidurkan tu, mulut ni sempat la baca apa-apa yang patut. Doa-doa semoga semuanya selamat dan diberi umur untuk bertemu insan tersayang lagi huhu.
Sebelum tak sedar tu, nurse kata 'Sedut ye, ni oksigen' dan pakar bius pun masukkan ubat dalam Iv line. Tu perkara last yang Jiha ingat.
Dan kemudian terasa tekak ni dijolok-jolok dan sayup-sayup dengar suara nurse ke Dr Rosita ke
'Siti Najihah...bangun,
Siti Najihah... bangun,
Siti Najihah... bangun'
Masa ni Jiha tertanya-tanya ' Eh dah siap ke, eh kenapa perut ada rasa sakit-sakit ni'. Rupanya 4jam dah berlalu. Ye la tak sedar kan. Rupanya dah selamat. Dr Rosita kata,
'Alhamdulillah the operation went well, cysts dah bawak keluar, dan takde blood loss yang banyak pun'
Tapi terkejut juga tengok 2 ketul cyst yang penuh dalam telap size telap standard kuih raya tu. Tak sangka cyst 7cm dan 4cm tu gemuk betul ehehehe. Patut lah perut boncet semacam hehehe.
Syukur Alhamdulillah. Tak lama Jiha pun ditolak ke bilik wad. Letih tapi bersyukur diberi umur. Dapat lihat wajah suami tercinta dan anak-anak tercinta. Thank You Allah.
Selepas operation tu perut takdelah rasa sakit sangat, tapi badan lenguhnya tersangat-sangat sebab baring terlalu lama kot. Nasib baik la katil hospital tu boleh adjust turun naik. Dan ada suami yang sangat-sangat prihatin. Anak-anak terutama Amna Haneena pun takde kata menangis nak ibu ke. Setia je dia senyum-senyum tepi katil. 5 hari 4 malam Jiha di hospital supaya dapat observe baby.
Alhamdulillah malam tu dah lega sikit, dah kentut-kentut non stop which is a good sign. Tiada muntah. Shi shi pun ok. Lupa malam tu ke or esoknya nurse remove tiub kencing tu. Lega sikit dapat ke toilet. Tapi memang tak boleh berdiri lama sangat. Jalan pun sopan2 macam Oshin ehehehhee.
Yang paling ditunggu-tunggu ialah bila nurse datang nak check heartbeat baby. Berhati-hati nurse nak tekan alat tu pada perut sebab ada jahitan kan. Bila dengar degup jantung baby, syukur sangat Ya Allah.
Bila tengok jahitan pulak...wow memang panjang hehee tapi MasyaAllah sangat cantik jahitan Dr Rosita. Dua kali bersalin dengan dia memang suka sangat, kemas. Tak macam jahitan anak pertama dulu. Horror hehehe.
Berpantang semasa mengandung hehehe
Dua kali la berpantang. Sekarang ni dan selepas melahirkan nanti hehehe. Tapi Dr Rosita kata pantang kali ni bukan la macam pantang orang bersalin. As long as I feel comfortable, dah boleh jalan-jalan kat mall dia kata hehehe.
Selepas je operation, malam tu terus minum Vivix supaya luka operation cepat sembuh. Selepas 2 weeks, follow up, baby dalam keadaan yang sihat, jahitan luar nampak dah kering...almost tak nampak dah. Hopefully luka dalaman pun cepat la sembuh. Sebab baby semakin hari semakin besar kan. Perut makin hari makin mengembang. Sakit juga terasa-rasa kalau baby menendang tu. Ouchieee sangat. Sedangkan orang yang bersalin czer pun disarankan jarakkan kehamilan. Ni yang memang sedang pregnant dan luka czer tu masih fresh gitu.
Semoga pain tolerance ibu ni semakin tinggi hehehe. Setakat awak tendang-tendang tu, rasa ouchieeee tu semoga rasa macam kena gigit semut je hehehe. Yang penting, doa ibu supaya awak membesar dengan sihat dan sempurna dan dapat melahirkan awak secara normal.
Di saat ibu menulis entry blog ni, awak kemain lagi aktif menendang ye dan syukur tak pulak rasa sakit seperti sebelum-sebelum ni. Baby sangat understanding ye hehehe. Syukur Ya Allah.
Doakan Jiha dan baby ye kawan-kawan.
p/s: Alhamdulillah from lab test, it is dermoid cyst dan bukan kanser. Syukur Ya Allah.
Semoga cepat sembuh, Jiha dan baby sentiasa sihat yer.
ReplyDeleteMoga2 jiha diberikn kesembuhan yg baik2..jga diri sayang..jga bby gk ya
ReplyDeleteSyafakillah jiha...
ReplyDeleteSemoga jiha cpt sembuh dan baby selamat
ReplyDelete