Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Aqeef Danial

Reward Chart untuk anak-anak kesayangan

Assalammualaikum, Nak share salah satu method nak bagi anak-anak seronok dan ibu pun kurang stress hehehee. Mengandung ni kena elakkan stress dan marah-marah kan. So buat la ini sebagai satu usaha 'Mak Tak Marah Anak' heheheh Reward Chart. Dulu masa Aqeef setahun pernah buat, apa aja kebaikan yang dia buat, ibu akan tampal sticker kat chart dia. Tapi lama dah tinggal benda ni. So baru-baru ni teragak nak buat balik ni. Alhamdulillah seronok rasa. Anak-anak seronok, ibu lagi seronok sebab dah kurang sikit buat kerja rumah ni. Satu untuk Aqeef Danial dan satu untuk Auni Nadra Reward Chart yang kali ini ibu buat senarai yang lebih spesifik. Benda yang sebelum ni susah sangat anak-anak Jiha nak buat dengan sendiri ataupun kalau dah suruh pun macam liat juga nak buat kan.  DIY je sendiri Buat sendiri je. Kalau nak design cantik-cantik pun boleh. Nak fancy pun boleh. Macam Jiha ni idea ada tapi nak buat tu kang tak terbuat. Jadi buat yang simple macam ni je. ...

Perkembangan Aqeef Danial selepas dah masuk taska

Assalammualaikum, Alhamdulillah sejak dah masuk taska ni, nampak banyak sangat perkembangan Aqeef. Sebelum ni Jiha terlalu bimbang sebab nampak perkembangan dia tak macam budak umur 5 tahun yang lain. Tapi Alhamdulillah, ibu pun dah boleh terima yang lain budak lain perkembangan nya. Apa pun, tetap berasa bangga dengan Aqeef.   Oh tapi ni pun dah bulan 8 kan. Masa mula-mula masuk taska, bila ibu tanya 'Belajar apa kat school?' Memanjang belajar ABC je. Hari-hari tanya tu je jawapan dia dan malas nak jawab. Oh ya, sebelum masuk taska, ABC pun dia tak kenal semua lagi (my bad huhuhu), tapi Alhamdulillah sekarang dah kenal semua. Semakin galak dia menunjukkan apa yang dia belajar lepas Jiha masukkan dia ke kelas extra. Kelas Bahasa Mandarin. Seminggu sekali je, sejam seminggu kat taska dia juga. Sejak tu dia sendiri yang sibuk bercerita apa dia belajar di taska. Bermula dengan subject Mandarin dan sekarang subject lain pun dia dah seronok nak bercerita. Alhamdul...

Perkembangan my 5yo son, Aqeef Danial

Dah masuk bulan March kan, Alhamdulillah. Maksudnya dah 2 bulan lebih lah Aqeef Danial mula sekolah. Hehehehe Aqeef Danial ni bila ditanya belajar apa kat school, setiap kali la ABC dan 123 aje. Pastu malas nak layan ibu, hari-hari ibu tanya, itu aje lah yang dijawabnya hehehe. Tapi kalau tak ditanya, nanti tiba-tiba ada je lagu baru yang dia nyanyi. Hehehe. Kalau yang berirama ni macam cepat tangkap sikit. Menulis macam belum lagi rasanya, sebab hari tu saje test dia, macam tak berapa pandai lagi. Baru-baru ni pulak, dengar dia berzikir dan kemudian, bacaan dalam solat nampak dah terang. Alhamdulillah. Lepas ni kena ajar dia solat setiap waktu. Selalu subuh mesti tersasar. Ibu still ingat awak baby lagi Aqeef huhuuhu. Lagi 2 tahun je lagi kalau tak solat, kena babab dah hehehehe. Progress macam ni nampak la ada perkembangan nya. Tapi bab menulis, membaca, mengira macam mana ye, ke too early sebab baru nak masuk March? Tengok Academic Calendar, Parents Conference way in No...

Hari Pertama ke Tadika, Anak atau Ibu Yang Menangis?

Assalammualaikum, Hari ni hari pertama Aqeef Danial ke tadika. Alhamdulillah dah besar dah anak ibu. Minggu ni rata-rata ramai yang hantar anak ke tadika kan. Macam mana? Hehhe ibu ke anak yang menangis hehehehe. Syahdu kot. Havoc betul pagi tadi nak menyiapkan Aqeef Danial hehehe. Ibu plan nya nak bangun awal, tapi tersedar pukul 630am. Sebenarnya dah bangun dah pukul 330am, buat kerja sikit, lepas tu biasa lah Auni Nadra minta susu, dengan ibu tertido balik. Pukul 330am tu siap keluarkan ayam dah nak defroze. Hajat hati nak buat chicken mayo sandwich buat bekal Aqeef Danial. Dah terbangun lambat ni, peanut butter sandwich aje la hehehe. muka control excited hahahaa Nasib baik lah, tadika Aqeef ni 5 minit je dari rumah, pukul 745am keluar rumah pun sempat lagi hehehe. Sebab dah kalut-kalut havoc pagi tadi. Tak sempat nak layan syahdu hahaha. Yang Aqeef Danial pula, sampai je terus meluru masuk. Hehehe bertuah punya anak. Lepas tu baru dia keluar balik nak sa...

IBU RINDU......

Maaf entry agak jiwang malam ini.... Sungguh ibu rindu dengan anak ibu sorang ni...dah nak masuk 5 malam dah Aqeef Danial tak tidur dengan ibu... Lamanya nak tunggu 21hb kan.... Sungguh ibu rindu...semoga Allah sentiasa melindungi Aqeef Danial. Atuk whatsapp gambar Aqeef Danial. Aqeef bagi ayam makan, Aqeef ikut atuk pergi kuliah subuh. MasyaAllah, jadi anak yang soleh ye abang Aqeef. Love u

Hidung Aqeef Danial berdarah huhuhuhu

Pagi Ahad lepas, tiba-tiba husband jerit panggil ibu kat dapur. Hidung Aqeef berdarah ..... Ok kalau nak tahu, Jiha memang agak panik kalau anak jatuh ke dan berdarah. Cuak semacam. Tapi berdarah luka sebab jatuh kita tahu sebabnya. Ni bab tiba-tiba hidung berdarah ni, memang bertambah panik. Sebab ini pulak pertama kali jadi macam ni, so tak tahu nak handle macammana. Agak banyak juga darahnya, pekatnya darah huuhuhu. Tapi husband memang selalu kena hidung berdarah ni dari kecil lagi. Dan pernah kena sekali depan mata Jiha. Dia kata ada few times jadi juga tapi dekat office. ( Eeee tak pernah cerita pun tau ). Mungkinkah sebab cuaca yang panas sekarang ni ye. Dengan keadaan jerebu teruk nya ni. Husband kata sebab panas dalam ni. Nasib baik sekejap je keluar darah tu.  Ni yang Jiha baca kenapa hidung boleh berdarah ni.. 'Hidung  kita boleh  berdarah  dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan sal...

Abang pukul adik???????

Salam Jumaat yang indah semua.... Jom sempat kan diri kita membaca surah Al-Kahfi ye. Semoga semua dirahmati Allah S.W.T ok berkaitan dengan tajuk di atas tu, Abang pukul adik..... huhuhuhu lately ni I noticed Aqeef Danial pukul adik dia lah. Auni Nadra ni boleh dikategori kan sebagai baby lasak hehehe dan garang. Suka cakar abang dia. Abang selalu melalak la, tapi sebelum ni tak nampak pon dia pukul adik dia tau. Ni bila adik dah pandai buat 'rampasan kuasa' (read : rampasan toys), Abang ni akan rampas toys dan pukul adik. Agak kuat lah dia pukul. Tapi adik muka selamba je tak nanges, masih nak meneruskan misi 'rampasan kuasa' tu. Time sayang adik bukan main lagi, tapi toys kesayangan dia memang adik tak boleh nak pegang langsung la. Lego especially.  Pegang a piece of lego pon tak boleh, padahal bukan dia guna semua pon.  Mohon siapa ada pengalaman macam ni, apa yang korang buat untuk elakkan benda ni jadi eh. Pening dah kepala ibu ni. Anyway my Aqeef...

Kidzoona murah kan??

Macam-macam playarea kita boleh bawak anak-anak main kan sekarang ni. Kena keluar duit sikit lah tapi anak seronok, mood baik, cranky pon kurang. Tapi make sure dia betul-betul puas lah main dalam tu. Kalau setakat sejam je, alamat bila ajak balik, mesti cranky gila. (Itu anak saya Aqeef Danial) Kidzoona yang murah pilihan hati Kalau balik ke kampung halaman hehehe, Jusco Au2 ni lah tempat yang selalu dikunjungi, situ lah tempat paling convinient sebab ada pos opis sampai akak pos opis tu pon dah kenal sangat dah. Dan paling best ada Kidzoona, so sementara nenek membeli barang dapur, boleh la bawak Aqeef Danial dan Auni Nadra bergumbira ria di situ hehehehe. Entrance Fee Kalau weekdays RM5 sahaja unlimited dan weekend RM10 unlimited juga. Hehehe since saya ialah WAHM, so anytime during the weekdays boleh pergi lah. So JIMAT hehehe... dua orang anak RM10... OK sangat lah kan. Auni Nadra pon dah kena bayar tau, masa dia 8 bulan lagi dah start kena bayar. Tapi agak limite...

Impian nak ke BIG BAD WOLF tercapai

Alhamdulillah dapat juga sampai ke Big Bad Wolf (BBW) Tahun lepas nak pergi. Tapi time ada di KL, Jiha di Penang, and bila dia buka di Penang, i di KL pulak. Tahun ni Alhamdulillah ada rezeki nak pergi. Hubby sampai KL pukul 130am td, initial plan.nak terus pergi lah kan sebab we both memang tak suka pergi tempat crowded. BBW if pergi siang alamat, nak masuk ke Mines tu pon dah jam, dalam tu mesti ramai gila, nak memilih buku pon tak tenang dibuatnya nanti. Tapi macam tak sampai hati pulak nak bawa Auni Nadra pagi2 buta tu. Aqeef Danial boleh la tinggal kan, tapi Auni Nadra kan direct feed je so memang kemana2 akan ku bawa. So pagi tadi lepas subuh kiterang bertiga pon zazazassss la ke sana. Sampai 645am. Nampak orang dah balik, ye jangan tatau orang shopping buku pepagi buta ye hehehehe. Sebab die bukak 24hours. Masuk dewan tu, dah ramai tapi tak la crowded. My target is children's corner je. So masuk dewan, terus belok kanan dan ke hujung belakang dewan. Situ la children...

Wordless Wednesday : Ragam Anak

Aqeef Danial and Auni Nadra

Oh, fasa mencabar kesabaran sekarang ni, HELP ME!! Aqeef Danial (3y4m) Bile panggil walaupun dengan jarak dekat, die buat tak dengar aje., tak menyahut, tak toleh, padahal ibu panggil ni Suke lompat2, ok lagi, tapi kalau die lompat sampai kene kita, dan sakit gila, mulelah darah naik kat kepala, geram betul Beria nak makan, ok siap2, dah sua ke bibir, terus ketap kata taknak makan. Yang lagi peliknya kalau dah beberapa suapan sebelum ni ok je, lepas tu dan2 nangis2 tunjuk kat makanan tu taknak, padahal benda yang sama aje Auni Nadra (7m18d) Sangat clingy lahai. Sampai tak boleh nak buat kerja, even.baring sebelah dia pon, kdg die nanges., nak mintak dukung. Bangun pulak 430am setiap pagi, nanti pukul 10am baru la ngantuk2 nak tido. Sepanjang2 bangun tu nak perhatian aje. Tidur siang sangat sekejap. 10-15mins je. Adoi camne ibu nak buat kerja ni dik

Mode : Lipas Kudung dan Supermak

Hehehehe kene laju2 macam Lipas Kudung pagi ni....Supermak in action again today.... Kol 10 kang nak gi bawak Auni Nadra check up 4 months...oh mesti lah bawak Aqeef jugak...oh sila behave wahai anak... Lepas tu nak ke Shaklee Seberang Jaya pulak , nak transfer uv kat anak2 and nak print report card dierang hehehe.....berdebar btol lah tiap kali nak closing...tapi Alhamdulillah, efektif lagi bulan ini, means INCOME 4 figures dah dalam tangan dah.... nak strive for 5 figures ni.... Lepas tu nak COD kat Giant, Bayan Baru.....so ada sesiapa nak COD di sana let me know ye sms/whatsapp  JIHA 0123807024

Apa punya perangai lah!!!

My 3yo...makin banyak ragam aiyohhh Adoi adoi adoi.....this is about my little hero Aqeef Danial...kenapa tah lately ni dia ada few perangai yang bikin ibu gerammmmmmmmmmm!!!!! Sebelum2 ni tak pernah pulak....tatau mcmmana dia develop these perangai...nak kata Taska...dah lama dah tak dok Taska since Ibu bersalin hr tu ok ni 3 benda yang buat Ibu pening and geram 1. Main siku orang....dia akan determine utk tarik siku and gentel2, tak dapat siku lutut pon boleh...rimas okeh...sometimes kita tgh buat keje, tgh pegang adik...dia boleh tarik sebab nak gentel.... rimas okeh 2. Suka masukkan tangan sepenumbuk ke dalam mulut dia sampai terleleh2 air liur...adoi adoi adoi anak 3. Perasan minggu ni dia suka kemam makanan dalam mulut...bayangkan die boleh simpan lebih 30min...nak dekat sejam pon ada....benda2 camni yang buat ibu nye kerja tertangguh2.....td igt nak focus ngan dia makan kan...tp kang tak jd keje...patut td lipat kain dulu...tp ni masih tgh menyuap sambil upda...

Solat dengan anak 3 tahun!!!!

Ya Allah...dugaan ape pulak kali ini.... sebelum ni tak pernah pulak Aqeef macam ni....paling2 pon dia baring atas sejadah...dia pon nak solat atas sejadah kita... Tapi kali ini.....dia berpaut kat belakang badan sambil tangan grip kat leher ibu huhuhuhuu...sakit rasa macam nak tercekik...telekung pon tertarik ke belakang...takut nampak rambut aje... Bila berdiri tu tahan lagi..mcm dukung anak aje la...tp bile dia nak lose grip tu, die akan berusaha nak grip lg kuat...ibu further tercekik and bayangkan time rukuk....ada sebeban kat belakang badan...time sujud??? paling dasat...dengan ibu nak control takut dia terperosok ke depan, dengan berat dia tu, masa sujud...rasa mcm dahi pressed kat lantai kuat sangat...huhuhu sakit kepala.... terus sakit2 badan ;( dah few times jadi gitu....lepas solat cuba tegur dia elok2...oh tapi masih buat lagi kan...siap gelak2 happy sangat lah tu....semalam ibu hilang sabar dah...kene sedas dua kat kaki dia...adoi sampai skang rasa leher s...

Feeling supermak!!!

Semalam cakap kat hubby.... Wife : Esok i gi pos barang sendiri lah Hubby : Boleh ke yang? Wife : Kene la cuba... And pagi tadi plan nak keluar pukul 10am terdelay sebab anak dara kecil tu bangun lambat pulak hari ini... Okeh...letak Aqeef dlm buggy, Auni inside the Bjorn...yeah..turun lif ke kereta..smooth Sampai kat kereta, masukkan Auni dalam carrier...ok smooth..ada nanges sikit2 aje Nak masukkan Aqeef dalam kereta pulak....WHAT??????? BERAK???????? Hangen btol ibu tau...td tanya berak tak? die kata 'Nope' (dengan confident nye) Merasa la tukar pampers dgn berhelai2 baby wipes di dalam kereta...nak naik balik? dengan nak angkat Auni lagi...ada jugak tak keluar balik kang kan.... Sg Ara to Queensbay went smoothly Alhamdulillah..Auni je ngek ngek sikit....sampai QB, masuk Aqeef dalam buggy and Auni dalam Bjorn...amek diaper bag dan bag berisi parcel2 yang nak di pos hari ni....sampai kol 11am...so masih lenggang...Pos Opis pon tak ramai orang....tp semua ...