Skip to main content

Kidzoona murah kan??

Macam-macam playarea kita boleh bawak anak-anak main kan sekarang ni. Kena keluar duit sikit lah tapi anak seronok, mood baik, cranky pon kurang.
Tapi make sure dia betul-betul puas lah main dalam tu. Kalau setakat sejam je, alamat bila ajak balik, mesti cranky gila. (Itu anak saya Aqeef Danial)

Kidzoona yang murah pilihan hati

Kalau balik ke kampung halaman hehehe, Jusco Au2 ni lah tempat yang selalu dikunjungi, situ lah tempat paling convinient sebab ada pos opis sampai akak pos opis tu pon dah kenal sangat dah.
Dan paling best ada Kidzoona, so sementara nenek membeli barang dapur, boleh la bawak Aqeef Danial dan Auni Nadra bergumbira ria di situ hehehehe.

Entrance Fee

Kalau weekdays RM5 sahaja unlimited dan weekend RM10 unlimited juga. Hehehe since saya ialah WAHM, so anytime during the weekdays boleh pergi lah. So JIMAT hehehe... dua orang anak RM10... OK sangat lah kan. Auni Nadra pon dah kena bayar tau, masa dia 8 bulan lagi dah start kena bayar. Tapi agak limited lah untuk Auni Nadra, sebab paling kuat dia main lego. Tapi ni sekolah dah mula, dah tak ramai budak dah, so banyak juga Auni Nadra boleh main tanpa risau budak besar lari sana sini.

Kekurangan Kidzoona

Kalau lah dia boleh buat macam Megakids ke, boleh drop anak di situ while parents pergi shopping, bagus juga kan. Tapi for sure lah fee pon kena upgrade kot sebab nak ken tengok betul-betul budak and make sure only the parent aje yang jemput anak-anak mereka. Agak besar lah tanggungjawab. Tapi kalau best, lagi bahagia lah daku shopping hahahaha. Tapi macam Aqeef Danial and Auni Nadra lebih lagi, belum sesuai lagi kot untuk drop off aja macam tu. Besar 5 tahun ke atas boleh kot kan.

Dapat kumpul cop stamp

Hahaha over mak... seronok juga bila pergi, maknanya makin banyak lah cop stamp yang akan dapat hahahaa. Hahaha paling kuat pon hadiah dia set alat tulis kot bila cukup stamp. Tapi mak mana lah yang tak excited bab kumpul point gini ye tak? (Ke haku aje yang over ni hahahaha)

Ok lah layan lah sekeping dua gambar yang amek petang tadi....tapi tak sempat nak amek banyak pon...penat kejar anak




Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20