Hidung Aqeef Danial berdarah huhuhuhu

March 11, 2014

Pagi Ahad lepas, tiba-tiba husband jerit panggil ibu kat dapur. Hidung Aqeef berdarah.....

Ok kalau nak tahu, Jiha memang agak panik kalau anak jatuh ke dan berdarah. Cuak semacam. Tapi berdarah luka sebab jatuh kita tahu sebabnya. Ni bab tiba-tiba hidung berdarah ni, memang bertambah panik. Sebab ini pulak pertama kali jadi macam ni, so tak tahu nak handle macammana. Agak banyak juga darahnya, pekatnya darah huuhuhu.

Tapi husband memang selalu kena hidung berdarah ni dari kecil lagi. Dan pernah kena sekali depan mata Jiha. Dia kata ada few times jadi juga tapi dekat office. (Eeee tak pernah cerita pun tau).

Mungkinkah sebab cuaca yang panas sekarang ni ye. Dengan keadaan jerebu teruk nya ni. Husband kata sebab panas dalam ni. Nasib baik sekejap je keluar darah tu.
 Ni yang Jiha baca kenapa hidung boleh berdarah ni..

'Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan.
Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.'

Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
  1. Selsema
  2. Suhu dalam badan terlalu tinggi
  3. Alahan
  4. Menghembus nafas terlalu kuat
  5. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
  6. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan

More --> KLIK SINI

anak hidung berdarah
sian dia....ni dah lap...kalau tak banyak sangat huhuhu


Harapnya takmo jadi lah hidung berdarah ni lagi....tak suka huhuhuhuhuhu

LAGI ARTIKEL MENARIK

4 comments

  1. kesian dia.klo kat kampung leh sumbat ngan daun sirih bagi darah benti mengalir...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh pakai daun sirih elok ye..heheh tq dear

      Delete
  2. kesiannyer auntie tengok Aqeef..
    biasanyer orang cakap suhu badan terlampau panas menyebabkan keluar darah dari hidung..nak2 sekarang ni kan jiha cuace panas membahang bersekali dengan jerebu sedikit sebanyak maybe salah satu penyababnyer kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...mungkin cuaca tak menentu kan...terperanjat juga sebab tak pernah2

      Delete

Thanks Lovelies