Assalammualaikum,
Jiha tahu pasal Ais Sarbat @ Ais Tingkap ni pun sebab tengok kawan yang holiday di Penang dan tengok tv Show 'Best In The World' kot. Macam menarik je Ais Sarbat ni. Nampak refreshing. So kalau sesiapa nak jalan ke Penang boleh la cuba juga ye.
Sabtu lepas, selepas pekena Roti Canai Transfer Road, ajak la Yus terus ke Pasar Chowrasta tu nak cari la Ais Sarbat ni kan. Tapi tutup. Hampa betul makyung ni tau. Masa tu pukul 1030am. Maybe belum buka lagi. Nampak stall cendol pun baru nak setup. Mungkin kalau datang tengahhari sikit dah bukak kot ye. So kami pun pulang.
Esok nya Ahad, ajak lagi Yus ke sana hahahahhaa. Bukan apa, sebab weekend ni nak turun KL untuk National Conference Shaklee kan, lepas tu weekend lagi satu tu dah puasa kalau tak silap. So kena pergi juga. So Ahad tu, agak lewat la kami sampai dalam pukul 6pm jugak. Alhamdulillah buka.
Ais Sarbat @ Ais Tingkap ni terletak di Lebuh Tamil, betul-betul lorong sebelah Pasar Chowrasta tu. Kalau search GPS InsyaAllah jumpa.
Dapat la juga merasa ais sarbat ni, tapi to be honest, kalau tapau lagi syok kot. Sebab stall dia agak stuffy dan berbau sikit. (Dah la makyung hidung sensitif). Yus hairan macammana wife dia ni boleh tahan. Sebenarnye sebab excited dapat juga minum ais sarbat ni.
Ahahahaha lagi buat gempak...tengah dok tu, ada cik tikus besar berlarian. Angkat kaki atas kerusi. Ok lah nak cerita pasal Ais Sarbat ni.
Dia macam campuran air kelapa, selasih dan macam Mirinda Strawberry tapi tanpa gas. Ni yang kami rasa la. Kalau baca artikel pasal ais sarbat ni, dia macam campuran herba-herba semua. Ntah lak kami tak rasa pulak. Tapi tak sangka la begitu je airnya. Tapi memang segar juga la. Dapat minum time panas lagi syok kot ye.
Kagum juga dengan anak-anak boleh minum biji selasih tu. Ibu dulu masa kecik, memang tak lalu hehehe. Ais Sarbat segelas RM2, kalau bungkus RM2.50 kalau tak silap |
Sebelah stall Ais Tingkap ada juga jual Mee. Kesian pakcik tu tua sangat dah, Terbongkok buat kerja dan mungkin mata kurang nampak agaknya. Sepinggan rm2.50. Rasa so-so la. |
Ni pun boleh tahan juga la. Garing dan Auni Nadra sangat suka. Coq Udang dan Takua (Tauhu). Satu set ni RM2.40 |
Ok ni cuti sekolah ni, kalau jalan ke Penang, boleh la tuju ke sini ye. Lagipun dekat dengan makan spot area town ni. Nasi Kandar Line Clear (hahaha tak penah makan situ, tapau penah lah), cendol kat Pasar Chowrasta tu pun sedap juga. Hah yang lagi syok, sekarang ni dah nak mula musim durian balik pulau. Boleh la makan durian yang sedap-sedap macam Udang Merah, Isi Merah, Musang King semua tu hehehe.
Heheh tapi makan berpada-pada la ye. Kena bawa bekal Lecithin dan Omega sekali ye hehehe.
Enjoy!!!
Huwaaaa nampak cam dap dap. Nanti bole cuba bila pi Penang. Rindu Penang :')
ReplyDelete