Skip to main content

Roti Canai Wajib Rasa di Pulau Pinang

Assalammualaikum,

Selamat berhujung minggu. Hah nak share tempat makan Roti Canai yang best juga la di Pulau Pinang.

Alkisahnya walaupun dah beberapa tahun menetap di Penang, Jiha tak pernah tahu kewujudan tempat ni. Kawan sekeluarga dari KL datang bercuti di Penang dan datang ziarah rumah kami. Dia yang bagitahu pasal tempat ni. Hehehehehe.

Roti Canai Transfer Road

tempat makan best di Pulau Pinang
6 keping roti canai, satu kuah ayam, satu kuah daging hehehehe

Terletak di Jalan Transfer di bandar Georgetown, gerai tepi jalan saje. Memang betul2 tepi jalan ye hehehe...kereta lalu lalang je situ (sila awasi anak2 anda)

Keistimewaan roti canai kat sini ialah kuah dia kot. Ada pilihan kuah daging atau ayam. Kalau kuah daging dapat juga beberapa ketul daging dan kalau ambil kuah ayam, dapat la suku ayam tu (ayam paha dan thigh).

tu diaaa....sekali sekala pekena ni memang syok

Jiha suka ambil kuah ayam sebab lembut betul ayam dia, Yus pulak memang akan ambil kuah daging. Roti Canai dia lain sikit dari roti canai biasa. Kalau roti canai biasa jenis yang rangup dan flaky, roti canai sini tebal sikit tapi garing juga la.

Kedai dia ni memang ramai betul orang tak putus-putus. Kadang2 kene tunggu sebab table tak cukup dah penuh orang. Kat situ ada juga jual Roti Bakar, sedap juga kalau makan masa breakfast kan.

Kalau nak cari Roti Canai yang rangup dan flaky, lagi satu pilihan yang agak sedap ialah di kedai Nasi Kandar Kg Melayu. Jiha suka juga roti canai dia. Dan Nasi Kandar Kg Melayu ni pun memang agak famous la.

Ok lah...hehehe orang Malaysia memang takleh tak makan roti canai kan. So kalau datang ke Penang jangan lupa pergi cuba roti canai ni ok.

Dah makan roti canai kena la telan Omega Guard segera. Heehehe

Comments

  1. terbaek..pepagi da info roti canai. mesti cari ni. Singgah sinun blog fred omar ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Batas Aurat Dengan Keluarga Mertua Supaya Tidak Salah SALAM di Hari Raya

Assalammualaikum, Kini Ramadhan dan tidak lama lagi Syawal bakal menjelma. Adat orang kita kena bersalam-salaman lebih-lebih dengan mereka yang lebih tua sebagai tanda hormat. Tetapi sebagai orang Islam kita perlu tahu batas aurat kita kerana Hukum Islam melebihi dari adat.  Saya terjumpa di Facebook info ini, Alhamdulillah inisiatif dari hamba Allah ini sangat bermakna dan semoga kita semua dapat memanfaatkannya. Turutan dalam keluarga mertua yang kita patut tahu batas aurat kita. Terima Kasih Wardah Rashid