Skip to main content

Panduan Buka Buku Merah Ibu Mengandung

Assalammualaikum,

Alhamdulillah tadi dah buka buku merah untuk ibu mengandung. Mengandung kali ketiga tapi ini kali kedua Jiha buka buku merah. Masa mengandungkan Auni Nadra dulu tak berkesempatan nak check up di klinik kerajaan.

Panduan nak buka buku merah untuk ibu mengandung.


Paling Penting!!!!
Call dahulu Klinik Kesihatan atau Klinik Desa yang anda nak pergi, tanya apa dokumen yang perlu dibawa.


Link ni ada senarai semua Klinik Kerajaan beserta no telefon dan alamat ok


Yes ini sangat penting tau, so takde lah datang menonong sahaja ye. Tak la membuang masa kan. Dan bukan apa, Jiha akan share juga pengalaman dua kali buka buku merah ni, tapi rupanya klinik kerajaan ni tak berapa synchronize. Lain klinik lain prosedur nya. Ok ini pengalaman Jiha ye.

Tahun 2009 - Kandungan pertama Buka buku merah di Klinik Au2, Taman Keramat, KL
-Bil api/air (bagi memastikan yang ibu berada di kawasan lingkungan klinik)
-Sijil nikah beserta salinan
-Ic suami isteri beserta salinan (kalau suami tak ikut bawa salinan je ok)


Tahun 2015 - Kandungan ketiga Buka Buku Merah di Klinik Desa Sungai Ara
-Buku merah kandungan sebelum ini
-Sijil nikah beserta salinan
-Ic suami isteri beserta salinan (kalau suami tak ikut bawa salinan je ok)


Kakak Jiha kata di Klinik seksyen 19 ke 24 di Shah Alam, hanya bawa ic je.

So sangat lah penting untuk call dulu klinik yang anda nak pergi ok.

Dan pastikan pergi buka sebelum trimester pertama berakhir kerana di trimester pertama, doktor akan scan untuk confirmkan Estimated Due Date (EDD). Jadi dalam 6-10minggu dah boleh buka buku merah ye.

Ok next entry Jiha nak share hasil check up pertama semalam.
Tunggu!!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia...

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l...

Batas Aurat Dengan Keluarga Mertua Supaya Tidak Salah SALAM di Hari Raya

Assalammualaikum, Kini Ramadhan dan tidak lama lagi Syawal bakal menjelma. Adat orang kita kena bersalam-salaman lebih-lebih dengan mereka yang lebih tua sebagai tanda hormat. Tetapi sebagai orang Islam kita perlu tahu batas aurat kita kerana Hukum Islam melebihi dari adat.  Saya terjumpa di Facebook info ini, Alhamdulillah inisiatif dari hamba Allah ini sangat bermakna dan semoga kita semua dapat memanfaatkannya. Turutan dalam keluarga mertua yang kita patut tahu batas aurat kita. Terima Kasih Wardah Rashid