Skip to main content

Disangka Gatal kulit biasa, rupanya SLE. Ketahui Gejala Penyakit SLE

Pertama kali tahu tentang penyakit SLE apabila dapat perkhabaran sedih yang kawan seperjuangan masa degree dulu dijemput ilahi kerana penyakit SLE. Belum sempat arwah hadir ke majlis Konvokesyen. Allah lebih sayangkan arwah, baik orangnya. Sem akhir dulu Jiha kerap ke klinik Uitm sebab gigi bongsu keluar dan kerap demam, jadi selalu bertembung dengan arwah di klinik Uitm. Arwah kata kulit dia gatal-gatal, mungkin alahan. Rupanya itu lah SLE, sudah menyerang organ terbesar arwah iaitu kulit. Sejak dapat tahu tentang penyakit SLE, Jiha terus google untuk ambil tahu apakah SLE.

Contoh SLE pada kulit


Apakah SLE?

SLE ialah singkatan untuk Sistemik Lupus Eritematosus, atau Lupus adalah penyakit kronik 'autoimmune' di mana antibodi bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Dalam kata lain, antibodi menyerang dan menjejaskan beberapa sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau organ-organ lain di dalam badan. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, dapat dikawal (remission), dan ada masanya SLE akan aktif (relapse)

Gejala SLE

  1. Radang Kulit
  2. Sakit sendi (arthiritis)
  3. Kerap demam
  4. Keletihan melampau
  5. Penurunan berat badan
  6. Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung.
  7. Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  8. Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  9. Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  10. Sawan, strok dan gangguan mental
  11. Risiko untuk mendapat darah beku
  12. Kerap keguguran bayi
  13. Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  14. Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

Terdapat beberapa jenis Lupus;

1. Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)

Juga dipanggil lupus dimana gejala mungkin sederhana atau serius. SLE kebiasaannya menyerang mereka yang berumur di antara 15 hingga 45 tahun. Terdapat sebilangan yang di bawah umur 15 tahun dan lebih dari 45 tahun.

2. Diskoid Lupus Eritmatosus (DLE)

Juga merupakan penyakit kulit yang kronik di mana tompok-tompok merah (malar rash) di muka, kulit kepala, bahagian badan, kaki dan tangan. Kulit akan menjadi lebih tebal dan bersisik dan mungkin akan meninggalkan parut. Ianya boleh berlarutan hingga beberapa hari atau tahun dan kemungkinan akan berulang setelah sembuh. Sebilangan kecil mereka yang menghidap DLE boleh mendapat SLE.

3. Lupus Neonatal

Boleh terjadi kepada bayi yang dilahirkan oleh pesakit SLE. Bayi akan mendapat radang kulit, masalah hati dan masalah darah , low blood counts.Gejala ini akan hilang sedikit demi sedikit dalam masa beberapa bulan. Walaubagaimanapun kes ini jarang terjadi tetapi bayi yang dilahirkan dengan masalah neonatal lupus, bayi mungkin juga akan mengalami masalah jantung yang mengganggu perjalanan jantung.

Organ-Organ Terjejas 

SLE boleh menjejaskan organ-organ dalam tubuh seperti buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, saluran darah, darah dan jantung. 

Buah Pinggang
Keradangan pada buah pinggang ataupun Nephritis mengurangkan keupayaan buah pinggang membuang sisa toksin dalam air kencing. Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang biasanya tidak merasa sakit tetapi mungkin mengalami masalah bengkak kaki. Ujian darah dan ujian urin boleh menunjukkan samada buah pinggang terjejas atau tidak. 

Paru-paru
Keradangan pada lapisan paru-paru atau Pleuritis boleh mengakibatkan sakit dada atau sakit dada semasa menarik nafas. Pesakit SLE juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru iaitu pneumonia.

Sistem Saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. Pesakit akan mengalami simptom seperti sakit kepala, pening, cepat lupa, kabur penglihatan, sawan, strok atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Vaskulitis iaitu keradangan pada saluran darah boleh mengakibatkan pengaliran darah ke seluruh tubuh terganggu.

Darah
Pesakit SLE mungkin akan mengalami masalah kekurangan darah, kekurangan bilangan sel darah putih ataupun kekurangan bilangan platlet.

Jantung
Pesakit SLE berisiko mendapat sakit jantung seperti keradangan pada tiga lapisan jantung. Pesakit akan merasa sakit dada ataupun gejala lain. Pesakit SLE juga berisiko tinggi untuk mendapat Arteriosclerosis iaitu masalah pembuluh darah yang keras.

Vivix bersifat anti keradangan

Vivix daripada Shaklee adalah minuman botani yang kaya dengan resveratrol dan poliphenol yang sangat bersifat anti keradangan dan boleh membantu mengurangkan gejala SLE dan organ-organ dari terjejas.

Testimoni Vivix oleh Pesakit SLE

1. Kisah Puan Iffa

'Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RAatau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:
  • Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia
  • 1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2
  • 1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)
  • 2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...
  • Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.
Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.
Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..'

2. Masalah Paru-paru berair dan SLE
Alhamdulillah, selain rawatan oleh pihak hospital, pesakit SLE boleh ikhtiar dengan mengamalkan Vivix Shaklee. Vivix Shaklee menjaga sel DNA manusia supaya berada dalam keadaaan yang sihat di mana ini telah dibuktikan melalui Landmark Study yang telah dijalankan oleh pihak ketiga, iaitu Dr Elizabeth Blackburn iaitu pemenang The Noble Prize in Physiology or Medicine 2009.


Pembelian Vivix

 Klik Untuk Pembelian

Untuk maklumat lanjut dan untuk lebih PENJIMATAN, boleh hubungi saya di whatsapp : 
Najihah 0123807024

Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Batas Aurat Dengan Keluarga Mertua Supaya Tidak Salah SALAM di Hari Raya

Assalammualaikum, Kini Ramadhan dan tidak lama lagi Syawal bakal menjelma. Adat orang kita kena bersalam-salaman lebih-lebih dengan mereka yang lebih tua sebagai tanda hormat. Tetapi sebagai orang Islam kita perlu tahu batas aurat kita kerana Hukum Islam melebihi dari adat.  Saya terjumpa di Facebook info ini, Alhamdulillah inisiatif dari hamba Allah ini sangat bermakna dan semoga kita semua dapat memanfaatkannya. Turutan dalam keluarga mertua yang kita patut tahu batas aurat kita. Terima Kasih Wardah Rashid