Skip to main content

Persiapan Baby nombor 4 macam baby nombor 1

Alhamdulillah hari ni dah 32minggu 4 hari dah kandungan ke 4 ni. Persiapan baby dan ibu belum 100% ready lagi sebab banyak yang perlu dibeli. Macam persiapan nak sambut anak pertama juga. Sebab tak sangka yang Amna Haneena akan dapat adik ka, jadi semua dah jual dan kasi orang hehehe. Rezeki namanya tu hehehe.

baby checklist
For my Baby A

Maybe baru 50% je yang ready, ada 50% lagi. Banyakkan. InsyaAllah kita sempatkan. Sebenarnya takde mood dan masa nak fikirkan pasal preparation baby sebab ada beberapa benda tak settle lagi. Terlalu fikirkan sangat perkara tu sampai terkesan persiapan baby ni. Kesian baby ibu. So ni list yang belum ready lagi. Harapnya dapat settle secepat mungkin lah.

Untuk Baby A
  • Set mandian dan penjagaan Shaklee Baby
  • Tropikal Herbal Cream
  • Towels and Hankerchief
  • Newborn diapers
  • Baby wipes
  • Cottonwool
  • Kelambu (sekarang rumah ni nyamuk dah sampai huhu)
  • Babywrapmakyang
Untuk breastfeeding
  • Set Menyusu Shaklee 
  • Silicone breastpump (milk collector) - Oh ni baru beli tadi kat Shopee, murah brand Autumnz, less than rm30 inc postage.
  • Storage bottles and bags
  • Feeding bottle (ni perlu in case masa ibu nak berurut, masa ibu attend Shaklee Business Leader Conference bulan Feb nanti dan during Ladies Vacation hahaha)
Untuk ibu
  • Set Berpantang Shaklee
  • Disposable Panty
  • Nursing Bra
  • Minyak serai (minyak urut yang paling serasi dengan Jiha)
  • Pakej tukang urut
Bag hospital pun tak ready lagi sebab baju baby semua belum sempat basuh lagi agagagaga. InsyaAllah target next weekend la kita basuh baju baby semua. Lepas tu boleh susun molek dalam bag hospital hehehe.

Shaklee Baby?

Tak pernah dengar kan product Shaklee Baby. Sebenarnya ianya product baru daripada Shaklee dan masih belum dilancarkan di Malaysia. InsyaAllah tahun hadapan akan ada di pasaran. Tetapi istimewa sikit sebab 1 November ni ada Roadshow Shaklee Baby di Hotel The Lights, Seberang Jaya dan khabarnya set Shaklee Baby ni akan dijual di sana. Serius Jiha sangat teruja sebab memang mengharap sangat nak beli untuk baby no 4 ni. Bila kata di pasaran tahun depan, agak frust tapi bila tahu akan dijual di Roadshow nanti, teruja la apa lagi. So kalau ada mommies yang berkenan nak dapatkan Shaklee Baby ni, boleh la whatsapp Jiha 0123807024 ye. Nanti Jiha belikan, nak tunggu next year lambat sangat pulak kan hehehe.

See you 1st November ni wohoooo


Kenapa beria sangat nak dapatkan produk Shaklee Baby?

Anak Jiha, Aqeef dan Auni ada eczema. Amna Haneena je nampaknya yang masih steady lagi. Tiada tanda eczema lagi. So anak eczema ni kulit agak sensitif pada mandian yang biasa-biasa ni. Lagipun banyak sangat produk mandian di pasaran yang mempunyai bahan yang agak bahaya jika diguna untuk jangka masa panjang, walaupun anak itu tiada eczema. Sebenarnya beruntung juga ada anak eczema ni. Sebab kulit terus kasi signal yang produk tu tak bagus. 

Set Pantang (Postnatal) dan Set Menyusu Shaklee?

Kenapa dua ni? Tentu lah. Tiada yang lain lagi. Sejak melahirkan Auni Nadra Mac 2013 lagi memang dah ambil dua set ni. Memang sangat berbeza kalau nak dibandingkan masa berpantang Aqeef Danial dulu.

  • Vitalea
  • Bcomplex
  • Sustained Release Vita C
  • ESP
  • Ostematrix
  • Omega Guard
  • Alfalfa Complex

Dan Jiha juga akan add Lecithin untuk elak masalah bengkak susu. Seksa sangat kalau kena bengkak susu ni. Rasa nak demam je. Biasanya jadi hari ketiga lepas bersalin. Kalau dibiarkan boleh melarat dan saluran susu boleh tersumbat dan akan lebih memudaratkan. Nauzubillah.

Kalau berminat dengan Set Postnatal + Lecithin ni, boleh juga kalau nak terus buat pembelian. just klik sahaja gambar eSell di bawah ni ye.


Ataupun kalau rasa nak dapatkan diskaun keahlian, boleh klik gambar di bawah ni. InsyaAllah Jiha akan terangkan kelebihan menjadi ahli. Memang boleh jimat banyak.


HUBUNGI:

Najihah Razali 0123807024 (whatsapp)
sitinajihah83@gmail.com
Fanpage : JOM KITA SIHAT


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20