Salam Jumaat yang indah semua.... Jom sempat kan diri kita membaca surah Al-Kahfi ye. Semoga semua dirahmati Allah S.W.T ok berkaitan dengan tajuk di atas tu, Abang pukul adik..... huhuhuhu lately ni I noticed Aqeef Danial pukul adik dia lah. Auni Nadra ni boleh dikategori kan sebagai baby lasak hehehe dan garang. Suka cakar abang dia. Abang selalu melalak la, tapi sebelum ni tak nampak pon dia pukul adik dia tau. Ni bila adik dah pandai buat 'rampasan kuasa' (read : rampasan toys), Abang ni akan rampas toys dan pukul adik. Agak kuat lah dia pukul. Tapi adik muka selamba je tak nanges, masih nak meneruskan misi 'rampasan kuasa' tu. Time sayang adik bukan main lagi, tapi toys kesayangan dia memang adik tak boleh nak pegang langsung la. Lego especially. Pegang a piece of lego pon tak boleh, padahal bukan dia guna semua pon. Mohon siapa ada pengalaman macam ni, apa yang korang buat untuk elakkan benda ni jadi eh. Pening dah kepala ibu ni. Anyway my Aqeef...