Skip to main content

Kedai Perabot MURAH di Pulau Pinang

Since ramai sangat yang bertanya tentang almari gojes khas untuk stok Shaklee tu... ok let me share

Memang kedai perabot ni MURAH la di area Pulau Pinang ni. Jiha discover masa mula-mula pindah Penang dulu sebab nak mencari stove cabinet. Since rumah sewa kan, cari yang murah la. Rumah sendiri nanti, kalau ada rezeki baru la pasang kitchen cabinet idaman kalbu ahahahaha.

So google punya google jumpa la... stove cabinet nya RM120 je. Rata-rata kedai yang kami survey, paling murah pon rm300, kualiti yang sama malah ada yang lagi teruk kualiti pun ada tapi mahal. Oh NO...tidak berbaloi. So akhirnya kat kedai Uncle tu, dapat beli stove cabinet dan cabinet untuk letak pinggan mangkuk semua. Puas hati hehehhee.

Almari stok Shaklee ku yang murah.

Nak yang macam Ikea macam neni Hadhatina punya, tapi tak muat kereta la pulak nak angkut dr sana ke Penang. And if nak kumpul order pon...kos lori semua tu jd mahal jugak. So google and jumpa satu kedai ni, kat Simpang Ampat. Tapi harganya RM700. Solid wood maybe.

Lepas tu ting ting ting teringat la kat kedai uncle yang murah tu, so we decided to go there. Alhamdulillah, walaupun design tak sama sangat, tapi untuk harga macam tu, kami memang sangat puas hati. RM220 je free delivery pulak tu. Kedai Uncle ni di Jalan Perak. Kedai kecil je tepi jalan, kiri kanan bengkel kereta kalau tak silap hehehe.



Comments

  1. yes...sgt murah kan... tu harga on 2012...tp still sgt murah if compare dgn kedai lain...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. alamat ada pada resit kat gambar yang saya sertakan tu

      Delete
  3. Salam puan. Nk tny. Uncle ni deliver brg smpai sbrg perai x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ruhil, tak pasti pulak saya...tapi maybe boleh call dulu dan tanya ye...ada no phone dia pada resit tu. :)

      Delete
  4. Salam puan jiha nak 5anya kedai uncle tu ada jual tilam x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Islamiah, tak perasan pulak saya sebab kedai dia kecil je, dan banyak barang...call dulu ya...no ada pada resit tu

      Delete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20