Skip to main content

Kedai Perabot MURAH di Pulau Pinang

Since ramai sangat yang bertanya tentang almari gojes khas untuk stok Shaklee tu... ok let me share

Memang kedai perabot ni MURAH la di area Pulau Pinang ni. Jiha discover masa mula-mula pindah Penang dulu sebab nak mencari stove cabinet. Since rumah sewa kan, cari yang murah la. Rumah sendiri nanti, kalau ada rezeki baru la pasang kitchen cabinet idaman kalbu ahahahaha.

So google punya google jumpa la... stove cabinet nya RM120 je. Rata-rata kedai yang kami survey, paling murah pon rm300, kualiti yang sama malah ada yang lagi teruk kualiti pun ada tapi mahal. Oh NO...tidak berbaloi. So akhirnya kat kedai Uncle tu, dapat beli stove cabinet dan cabinet untuk letak pinggan mangkuk semua. Puas hati hehehhee.

Almari stok Shaklee ku yang murah.

Nak yang macam Ikea macam neni Hadhatina punya, tapi tak muat kereta la pulak nak angkut dr sana ke Penang. And if nak kumpul order pon...kos lori semua tu jd mahal jugak. So google and jumpa satu kedai ni, kat Simpang Ampat. Tapi harganya RM700. Solid wood maybe.

Lepas tu ting ting ting teringat la kat kedai uncle yang murah tu, so we decided to go there. Alhamdulillah, walaupun design tak sama sangat, tapi untuk harga macam tu, kami memang sangat puas hati. RM220 je free delivery pulak tu. Kedai Uncle ni di Jalan Perak. Kedai kecil je tepi jalan, kiri kanan bengkel kereta kalau tak silap hehehe.



Comments

  1. yes...sgt murah kan... tu harga on 2012...tp still sgt murah if compare dgn kedai lain...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. alamat ada pada resit kat gambar yang saya sertakan tu

      Delete
  3. Salam puan. Nk tny. Uncle ni deliver brg smpai sbrg perai x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ruhil, tak pasti pulak saya...tapi maybe boleh call dulu dan tanya ye...ada no phone dia pada resit tu. :)

      Delete
  4. Salam puan jiha nak 5anya kedai uncle tu ada jual tilam x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Islamiah, tak perasan pulak saya sebab kedai dia kecil je, dan banyak barang...call dulu ya...no ada pada resit tu

      Delete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Simpul biawak semasa hamil tanda kurang kalsium?

Simpul biawak atau pun kekejangan pada betis semasa hamil sangat menyeksakan kan? Ramai ibu hamil yang mengadu tidak tahan. Jiha sendiri pun pernah ada pengalaman simpul biawak ni semasa hamil anak pertama. Esoknya terhencut-hencut berjalan. Tetapi anak kedua, ketiga dan keempat tak kena pun simpul biawak ni. Alhamdulillah. Nak tahu rahsianya? Gambar ihsan google Simpul biawak tanda anda Kekurangan Kalsium Tahukah punca kekejangan kaki ini ialah apabila anda kurang pengambilan kalsium. Ibu hamil terutamanya, sumber kalsium harian yang diambil mungkin tidak mencukupi kerana kalsium telah diserap oleh bayi dalam kandungan untuk pembetukan tulang bayi yang sihat. Jadi jika pengambilan kalsium tidak cukup untuk menyokong keperluan ibu hamil dan bayi, kesan jangka pendek nya ialah ibu hamil akan mengalami masalah simpul biawak atau kejang kaki.  Info : Ibu Hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Segelas susu mempunyai lebih kurang 100~200mg kalsium ...

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia...

Bisnes dari rumah untuk Suri Rumah

Suri Rumah pun perlu ada income stabil kan, setuju tak? Macam Jiha yang pernah bekerja dulu, dah biasa ada gaji, kalau tiba-tiba nak berhenti nak jadi suri rumah tanpa gaji, mesti rasa tak biasa. Memang suami sediakan semua dan duit belanja, tapi kita pun kadang-kadang (hehehe yeke kadang-kadang😂), ada nak shopping extra kan hehehe. Mac 2018 bersamaan dgn birthday Auni Nadra ke 5 tahun, bermakna genaplah Jiha menjadi suri rumah berkerjaya dengan bisnes Shaklee, Alhamdulillah  Memulakan bisnes Shaklee dalam pantang hehehe dan bulan kedua naik rank pertama dalam Shaklee, naik rank secara solo tanpa anak2 Shaklee. Sweet memory. Eh eh now pun dalam pantang ni. Harapan nye dapat melahirkan lebih ramai leader dalam #teamIron. Sama-sama kita naik rank di bulan Januari 2018 ni. Jana income tak kira lah anda suri rumah ke atau bekerja ke. Dua-dua golongan ni pun boleh buat bisnes Shaklee.  Yang penting ada usaha dan konsisten. PASTI DAPAT. Siapa usaha dia dapat, InsyaAllah. Need guide...