Skip to main content

Kejang kaki semasa Mengandung, adakah ianya Normal?

Assalammualaikum,

Kejang kaki semasa mengandung adalah antara masalah yang selalu dialami oleh ibu mengandung. Apabila diserang kejang kaki di waktu malam, betis menjadi sangat tegang dan sakit. Kasihan ibu mengandung lebih-lebih lagi kalau berjauhan dengan suami (long distance relationship, macam saya dahulu). Kesannya, boleh jalan terhencut-hencut untuk beberapa hari. Seksanya.

seksa kejang kaki

Kekurangan Kalsium.

Tahukah anda yang itu adalah tanda anda kekurangan kalsium. Ini kerana, kalsium juga digunakan bayi dalam kandungan untuk membentuk tulang yang sihat, jadi sumber kalsium yang ibu ambil, haruslah dikongsi bersama bayi. Jadi ibu perlukan sumber kalsium yang mencukupi untuk menyokong tumbesaran bayi dan juga untuk keperluan ibu mengandung sendiri.

Kesan kekurangan Kalsium

Selain kekejangan kaki, kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan ibu tidak selesa tidur di waktu malam, badan cepat sengal dan sakit. Lagi kesan nya ialah ibu berpotensi untuk kena sembelit. Sembelit sewaktu mengandung dan juga pantang adalah sangat menyeksakan. Untuk kesan jangka masa panjang pula, ibu berisiko untuk mengalami masalah tulang rapuh, masalah bongkok dan mungkin terpaksa memakai gigi palsu pada usia muda. 

Cara Atasi Masalah Kekurangan Kalsium

Anda perlu makan ini dalam kuantiti yang banyak untuk dapatkan keperluan kalsium yang mencukupi untuk sehari.

Pastikan ibu ambil makanan yang seimbang dan juga pemakanan tambahan (supplement) yang kaya dengan sumber kalsium. Selain kalsium, ibu perlu tahu tentang kepentingan beberapa vitamin dan mineral lain yang penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu mengandung sendiri. 

Contohnya, Zat besi untuk memastikan bacaan HB ibu mengandung sentiasa cantik, asid folik untuk memastikan saraf bayi berkembang dengan baik dan lancar, Vitamin C untuk kesihatan janin, Omega 3 dengan EPA dan DHA untuk perkembangan otak dan pembentukan mata yang sihat dan juga untuk mengawal kadar gula dalam darah ibu mengandung. Vitamin ini semua boleh ibu dapatkan dari makanan seimbang tapi perlu dilengkapkan lagi dengan pemakanan tambahan.

Sedar yang sukar untuk dapat kesemua khasiat dari makanan harian, ramai ibu yang memilih pemakanan tambahan. Pastikan pemakanan tambahan yang diambil berkualiti, mempunyai ujian kualiti setiap tahun, tiada bahan yang berbahaya dan yang penting sekali mendapat kelulusan KKM. Saya syorkan Set Pre-Natal dari Shaklee ini, sebab ianya lengkap untuk keperluan Ibu Mengandung. Ramai ibu bahkan saya sendiri telah mengambil set ini dan kesihatan semasa mengandung bertambah baik berbanding pengalaman mengandung yang lepas.

Set Lengkap untuk keperluan ibu mengandung.
Jika anda pentingkan kesihatan bayi dan diri anda sendiri, pastikan anda ambil Set Pre-Natal ini dan dapatkan aturan makan serta konsultasi yang tepat dari saya. Ramai ibu mengandung yang berpuas hati selepas mengamalkan set ini. Salah satu kesan positif, bayi yang dilahirkan lebih sihat dan jarang mengalami demam selsema dan batuk. Untuk dapatkan set ini dan konsultasi yang tepat, boleh whatsapp/sms saya di 0123807024.

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Sambal Kicap Style Orang Johor Jawe

Salam semua... Hehehe Jiha nak share resipi Sambal Kicap Style Orang Johor. Ada beberapa version mengikut kegemaran Jiha dan juga suami. Jadi boleh la nak try version yang mana-mana pun ye.
Version 1 : Kegemaran Sang Isteri (Jiha la hehehe)Bahan-Bahan Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana) Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Version 1 ni Jiha suka sebab pedas betul, makan dengan sup atau soto memang terangkat hehehe.
Version 2 : Selera Suami ku (Yus)Bahan-Bahan Cili Api/Padi 4-5 biji Cili Hijau 5-6 biji Bawang Putih 4 ulas Kicap Sedikit Garam dan Gula
Cara-Cara nya 1. Goreng dulu cili api/padi, cili hijau dan bawang putih (tak perlu hiris) 2. Masukkan yang dah digoreng dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend 3. Siap
Beza Version 2 ni ialah cili hijau tu je sebab dia nak…

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa.
Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan
Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe.
Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa
Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie. Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20 sahaja. Lepas sunat tu d…

Tips Kulit Cantik : Kepentingan Masker Muka untuk elak muka berkedut!!

Salam semua, hari ini Jiha nak share pasal Masker Muka. Dan nak cerita tentang kepentingan Masker Muka ni. Sesiapa nak elak muka berkedut kene baca sampai habis ok.
Kenapa pentingnya pakai Masker ni? Mencuci muka hanya menghilangkan kotoran di permukaan muka, tetapi tidak di bawah lapisan kulit. Masking ni membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yang dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih. So penggunaan toner, hydratind cleanser, cream akan berfungsi dengan lebih baik sebab pori dah bersih. Best kan??
Berapa kerap nak pakai Masker? Ok lepas cuci muka, boleh pakai masker terus, selepas tu baru lah nak pakai toner dan moisturizer ke. Untuk kulit normal, boleh pakai 2-3 kali seminggu Untuk kulit kering, boleh pakai 1-2 kali seminggu Untuk kulit berminyak, boleh pakai 3-5 kali seminggu
INGAT!! Pada yang ada suami tu, hehehe kalau boleh pakai lah time dia takda. Time dia ada make sure muka cun cun segar aje ok hehehe
Jenis-jenis Masker? Macam-macam kat pasaran ada kan, ada jenis pe…