Skip to main content

Auni Nadra 1st Solid Food




Semalam Day 1 introduce Auni Nadra with solid food hehehehe
 
Hari sebelumnya tu, suruh hubby beli Pisang and Apple....tp tak decide nak bg Applesauce dulu ke or Banana Puree hehehehe

Pagi semalam mcm decide, Banana dulu la sebab Aqeef dulu reject Apple sebab mungkin masam hehehe..

So Banana Puree it is....tapi ala.....dia tak suka, siap luwekkk balik, pastu bila nak suap , dia siap toleh muka ke tempat lain tau hehehe sabar aje la...tapi sibuk nak tarik mangkuk tu, nak main2...siap ramas-ramas puree tu..ayoyo...frust ibu...takpa kita cuba lagi

ye ye je la tu konon nak suap sendiri, habis tumpah2 semua tau, ee comot betul anak dara ni

Oleh kerana ibu tak puas hati...so testing la..bg die sebiji pisang...ok sibuk nak nyonyot eh....nyonyot sampai lembik, baru die makan...kalau tergigit besar sikit, die akan keluarkan balik hehehe...pandai pulak...tapi mang extra careful la semalam masa bagi nyonyot tu kan...tapi ni siap dia yang kejar pisang tu tau....siap gigil2kan badan dia nak kejar pisang tu hahahaha

Hehehe bukan main la, nak makanan orang besar aje dia ni

Hari ni Day 2...tunggu after Day 4 nanti..kita tukar menu pulak ye sayang ibu...Applesauce ke or Sweet Potato eh...awwww ibu pulak teruja....tapi kurang teruja sebab BabyBullet tak sampai lagi ni..MyDeal oh MyDeal

For menu and info yang menarik on Baby Food boleh refer link ni...best gila...since Aqeef pon mang refer link ni 

Comments

  1. comelnya dia..baby saya pun suka pisang..takpe elok utk penghadaman
    http://vitaminpilihansemua.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20