Skip to main content

Cara makan OMEGA GUARD untuk kanak-kanak yang lebih kreatif

Omega Guard ialah minyak ikan yang bagus untuk otak kanak-kanak.

Lebih lanjut tentang Omega Guard, sila klik link ini ye,

http://jihapimpom.blogspot.com/2013/08/omega-guard-shaklee-minyak-ikan-terbaik.html?m=1

Ramai ibu yang buntu bagaimana nak beri anak makan Omega Guard kan??
Bukan semua anak dengan rela hati nak menguyah capsul Omega Guard tu. Tapi Jiha memang tabik betul dekat kanak-kanak yang boleh kunyah Omega Guard (sebab acik pon tak larat nak kunyah nak hehehehehe)

Hari ni Jiha nak share macam mana Cara Makan Omega Guard untuk kanak-kanak yang lebih kreatif :)

Cara 1 : Gunting/Cucuk kapsul dan picit dalam susu anak

Hah yang ini memang untuk Aqeef Danial.  Walaupun dia excited tengok Omega Guard sampai bagi nama 'Fish Candy', tapi dia memang tak boleh nak kunyah. Pernah kunyah, tapi lepas tu dia muntah balik segala isi perut.

Cubaan kali kedua (gap agak lama) pon sama, excited nak menguyah, tp muntah lepas tu hehehe. Ni memang macam ayah ni, tak boleh makan sushi hehehe

So, jalan penyelesaiannya ialah, gunting sikit kapsul tu dan picit minyak ikan masuk ke dalam susu, lepas tu kapsul tu pon Jiha masukkan sekali, sayang sebab ada saki baki minyak ikan melekat pada kapsul. Sayang minyak ikan paling berkualiti tu hehehe

Cara 2 : Gaulkan dengan Mee Goreng (dan seangkatan dengannya)

Lepas dah goreng mee, boleh juga picit keluar minyak ikan dan gaulkan dengan Mee Goreng tu.
Nak meehun ke, spageti aglio ke, semua boleh. Senang kata makanan yang anak selalu makan lah
Ok lah, bagi 2 cara yang sangat mudah ini dulu ye.

Selamat Mencuba Ibu-Ibu.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20