Hari Cinta Yarmouk

February 24, 2014

Alhamdulillah....diberi kesempatan untuk berpuasa sempena soladiriti Hari Cinta Yarmouk.. korang boleh refer link untuk tahu lebih lanjut pasal Hari Cinta Yarmouk

This is the least I can do.. tak mampu nak ke sana untuk sama-sama berjuang, tak mampu nak hulurkan bantuan kewangan yang banyak untuk memberi makan kepada anak-anak kecil yang kebuluran (nanges), yang jatuh sakit akibat kebuluran dan tiada bekalan ubat yang mencukupi.

InsyaAllah dijangka ramai yang berpuasa hari ini dan ramai-ramai lah kita berdoa sementara hendak menunggu azan maghrib untuk berbuka puasa nanti. Antara doa yang makbul ialah sementara menunggu waktu berbuka.

Hanya dengan sokongan seperti ini, derma kecil dan 'Share' di Facebook je yang mampu setakat ini. :'(
Umat Islam di Malaysia, prihatin lah dengan apa yang terjadi dengan saudara seislam kita di Gaza, Syria, Mesir, Rohingya bahkan di seluruh dunia, ramai yang tertindas. Kita sendiri di Malaysia ni, kalau tak bersatu hati, kalau asik dengki mendengki sesama sendiri, mengkhianati sesama sendiri, mungkin Allah akan duga kita dengan perkara yang sama. Nauzubillah.

Selain page Hari Cinta Yarmouk...lihat juga page Syria Care ini...tak terusik ke hati kita, macammana kalau kita di tempat tu, anak kita mati kelaparan begitu. Membayangkannya pun dah tak tahan menahan kesedihan.

Jom la sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara Islam kita di seluruh dunia agar dapat hidup dengan harmoni dan agar dapat bersatu hati. AMIN

LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

  1. uihh. tak tau pun pasal ni. btw, all the best :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thanks Lovelies