Perjalanan Menuju ke MASTER COORDINATOR

April 07, 2014

Master Siti Najihah ♥

Wah best bunyi nya kan hehehe.... InsyaAllah Jiha nak dapatkan gelaran Master tu dalam tahun 2014. Doakan ye :)

Owh ni kronologi Jiha dengan Shaklee

Sept 2012 :Join Shaklee untuk makan sendiri je

Join Shaklee sebagai 'customer' sebab nak dapatkan harga ahli. Masa tu kan preggy and kene chicken pox kan, kelam kabut la mencari supplement untuk make sure baby dalam kandungan ni sihat.

Tak terfikir la nak buat bisnes pun masa tu hehehe

March 2013 : Decide untuk menjual

Disebabkan terlalu busy dengan kerja dan masa dengan family 'dikacau', cuba lah untuk menjual. Tengok pulak dalam support group Shaklee, dierang ni macam beria-ia sangat la buat bisnes. Income mama Shaklee Jiha pun boleh tahan juga.

So discuss dengan husband, boleh tak nak buat Shaklee ni...kalau naik Supervisor dah dapat income 4 angka (RM2000, Still far from my current income, tapi kalau boleh dapat RM2000 tu, InsyaAllah boleh pergi jauh)

So masa menunggu hari di hujung March tu mula la start bisnes Shaklee. PROMO Ostematrix masa tu. Hasilnya dapat la bonus dalam RM80 hikhik bonus pertama.

May 2013 : I am a Supervisor bebeh ecececeh

Alhamdulillah, sepanjang waktu pantang tu, rezeki Auni Nadra hehehe, ramai yang membeli dari Jiha. Dan Jiha skor 3000uv sendiri. Masa tu dah ada dua orang anak Shaklee tapi mereka tak aktif pun. Hanya makan sendiri je.

Hehehe dan dengan confident selamba kodok nye, makcik yang masih dalam pantang ni...terus hantar surat resign hehehehe. PUSH FACTOR Jiha nak jadi Supervisor sangat kuat masa tu, iaitu taknak masuk kerja dah lepas maternity leave. Terkejut gila orang opis. Tapi ku lakukan demi keluarga. Ecewah.

Few times orang HR counter suruh masuk keje kembali, siap offer masuk keje 3 hari seminggu pun ada. Tapi I know the workloads. Lagipun saya dah cintakan Shaklee. Hehehe

Dec 2013 : Baru naik Senior Supervisor

Lama kan perjalanan nak naik rank, tapi takpe. Jiha taknak terlalu push anak-anak Shaklee. Bisnes ni bisnes sendiri. Kalau mereka rasa mereka NAK rasa income 4 angka dengan Shaklee, silakan berusaha.

Along the way, perbaiki diri sendiri jugak. Apa yang mama Ainul suruh buat, Jiha buat.
Alhamdulillah, penutup 2013 berakhir dengan new rank. Seronok bukan main naik rank, dan bertambah seronok bila anak tu naik rank. Segala penat lelah dia kita nampak. Segala suka duka dia kita tahu, so bila dia dah melangkah setapak ke hadapan. Mak nye pun seronok la kan.

Jan 2014 : Macam tak percaya, Coordinator dalam tangan

MasyaAllah, tak tersangka yang pembuka 2014 pun ada kenangan manis semanisnya.
I am a new COORDINATOR. Dapat 2 orang anak lagi menjadi Supervisor. MasyaAllah, Alhamdulillah. Sedu sedan sebab lama sangat di takuk Supervisor terbalas jua akhirnya. Tak sangka, memang tak sangka. Rezeki Allah. Kita minta dengan yakin, InsyaAllah DIA bagi. Alhamdulillah.

March 2014 : Cycle baru Shaklee and I am a new Senior Coordinator

MasyaAllah more leader lahir lagi bulan March and Alhamdulillah Jiha pun layak ke next rank. Senior Coordinator.

Higher rank comes with Higher responsibility. Nak semua leader sedia ada melangkah ke new rank juga. Nak semua yang masih Distributor melangkah ke rank leader.

InsyaAllah kalau mereka NAK, InsyaAllah Jiha boleh bantu. Coaching and Mentoring.

Terima Kasih tak terhingga

Terima Kasih Ya Allah atas rezeki yang diberikan walaupun hamba nya ni sering lalai.

Terima kasih suami sebab sentiasa menjadi tulang belakang, runner beli barang, teman gi kelas and aktiviti, COD... I love u so strong

Terima kasih buat my prince and princess dengan keletah comel buat ibu hilang stress.. haha tapi kadang-kadang mereka juga yang bikin stress hahahaha

Terima kasih my parents yang sentiasa mendoakan. Same goes to my sibblings too.

Terima kasih mak and babah Shaklee sebab sentiasa guide dan bg perangsang. Same goes to my nanny, super nanny, super2 nanny juga.

Terima kasih anak-anak Shaklee saya juga. Mereka bersemangat, mama nye makin bersemangat hehehe.

Master 2014??

Key Coordinator-Sr Key Coordinator-Master Coordinator
USAHA!!! USAHA LEBIH KUAT!!


LAGI ARTIKEL MENARIK

1 comments

  1. Alhamdulillah, usaha lagi jiha, babah akan support JIHA, hujung tahun ni confirm naik MASTER !!!

    ReplyDelete

Thanks Lovelies