Skip to main content

5 Tips Elak Sembelit Masa Pantang


Assalammualaikum semua,

Siapa pernah kena sembelit, dan lagi dasyat, sembelit di kala pantang? Rasanya ramai kan pernah kena. Seksa kan? Jiha lah tu salah seorang yang pernah kena. Masa pantang anak pertama. Maybe tiada pengalaman kan. Ye lah anak pertama lah katakan.

Nanti Jiha share 5 Tips yang Jiha dah try untuk elak sembelit ni ye hehehe...tapi moh baca pengalaman Sembelit ku dulu....ouchieeee

Mimpi Ngeri Bermula

1. Makan elak sembelit

Nak tahu tak bila Jiha kena ni. Masa tu dah 3 minggu pantang tau. So rasa lega la tiada masalah sembelit. Makan pun macam biasa je. Ku telan oren sunkist banyak-banyak sebab punya takut kena sembelit. Sampai kena marah dengan atuk Aqeef sebab katanya Ibu tak sakit perut makan oren, tapi nanti anak lak yang cirit. Aduh terpaksa la stop oren sunkist, makan lah sup sayur banyak-banyak. Minum air bergelen-gelen hehehe.

2. Dia datang!!!

Sehinggalah pada suatu hari....memang takde rasa nak membuang. So selama 3 hari lah tidak membuang. Hari ke 4 dah ada gesa (ceh macam nak beranak lak kan hehe) ...gesa dah datang tapi tak boleh. Nak teran??? TAK BOLEH!!!!! Sebab nya masa tu juga luka bersalin belum kering lagi tau...huhuhu lama kan, agaknya ni lah padahnya tak jaga pemakanan masa mengandung.

3. Menangis dalam bilik air

Bermula lah episode menangis dalam bilik air, sengsara nya. Dah la Yus takde dah masa tu, dia dah start kerja kan. Masa weekend yang dia ada dan dia menyaksikan betapa sengsara nya isteri dia menahan sakit ni, terus dia kata 'Aqeef seorang je lah anak kita yang'...hhahaha gitu

4. Ulang alik ke Klinik

Hmmm pakai lah ubat apa sekalipun tetapi kalau dah kena sembelit, ubat tu pun tak berkesan tau. Tunggu lah Jiha share Tips kejap lagi ye.


Pantang anak kedua yang AWESOME

Alhamdulillah, masa pantang anak kedua ni takda sembelit langsung tau. Ibu sangat gembira. Dengan luka bersalin pun kering betul pada hari ke 10. Ibu berpantang ni sangat ceria bukan main. Masa ni Jiha guna Set Berpantang Shaklee. Memang sangat happy lah. Teruja sangat dengan hasilnya, terus I buat bisnes Shaklee pulak hahahaa. Rezeki berpantang agaknya. Terbuka hati terus bila dapat result yang awesome.

ok lah seperti yang Jiha janjikan, nah ini dia 5 tips untuk anda semua

ostematrix untuk sembelit
gambar ihsan Google

5 Tips Elak Sembelit Masa Pantang

1. Makan Supplement dengan aturan yang betul. 
Jiha memang review betul-betul pasal Ostematrix ni. Sebab orang yang pernah kena sembelit ni, memang akan study betul-betul. Tak mahu pisang berbuah dua kali. Tapi make sure aturan makan Ostematrix pun kena betul ye. Salah makan tak dapat elak juga sembelit tu. Kalau nak tahu cara makan yang betul, contact Jiha ye.

2. Cangkung atau duduk
Hahaha ape ni? Ini maksudnya, walaupun takda rasa nak membuang. Pastikan jadikan rutin untuk duduk di mangkuk jamban tu. Tunggu lama sikit nanti ada juga gesa tu datang.

3. Minum air kosong
Sila la minum air kosong ye. Ada yang berpantang minum air satu sudu je sehari. Alahai. Lagi la luka lambat naik baik. Minum air yang banyak bagus untuk detoks. So lebih memudahkan proses membuang tu nanti.

4. Oren sunkist
Makan lah tapi biar berpada ye. Jangan macam Jiha masa pantang anak pertama tu, banyak ku ngap sampai Aqeef cirit dan kembung. Huhu sorry my son.

5. Makan lah sup sayur
Jiha ni tak suka sangat makan sayur, tapi fikirkan khasiat untuk anak ku makan juga. Oh tapi perlu diingat sayur yang dah dimasak, nutrient banyak yang dah hilang. So Jiha tambahkan dengan pengambilan makanan tambahan. Pilihan ku mesti lah Shaklee. Set Pantang tu dah ada keperluan yang cukup untuk badan kita. 

Tips tambahan untuk mereka yang sudah kena sembelit

1. Korek (opps tapi ini kenyataan)
Lactul Solution dan Enema ni antara ubat pelawas. Tapi kalau dah sembelit baru nak makan, tiada gunanya ye. Terpaksa keluarkan 'ia' secara natural = korek....dah keluar 'ia' yang macam batu tu...baru lah boleh amek ubat tu....tapi saya pilih Ostematrix la, ada manfaat lain juga. Ianya sumber calcium yang bagus dan boleh elak kejang kaki serta gusi berdarah juga.

2. Ubat sapu kebas
Seksa kan masa nak meneran tu, sampai ada yang luka. Kalau dah luka, macammana nak meneran? Sakit kan...so pergi lah klinik dan mintak ubat sapu untuk kebas. Sebelum nak membuang tu sapu dulu di keliling. Kurang la rasa sakit bile nak meneran tu kan.

Ok lah ni macam cara nak rawat, tapi lebih elok lah kalau kita elakkan dari kena kan? Sebab seksa woooo...

Ok nak tahu aturan makan Ostematrix yang betul untuk elak sembelit? 

Hubungi Jiha ye

JIHA 0123807024
(whatsapp/sms)

email : sitinajihah83@gmail.com


Comments

  1. Replies
    1. Welcome Fuzy...just sharing sebab pernag merasa yang sama juga dulu hehehe

      Delete
  2. thank jiha share tips yang sangat membantu ibu-ibu hamil membuat persediaan sepatutnya..

    ReplyDelete
  3. Mmg sembelit amat mngerikan ..sha smbelit smpai darah...huhu ostematrik jgak pnyelamat..
    Lawat2 jugak lah blog sha...
    Shadarwisyah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas tips sembelit yang berguna ni.

    btw done follow u dear, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  5. Betul2..mkn ostematrix mmg melancarkan 'pelaburan' pagi2. Alhamdulillah tak pernah sembelit masa pantang dulu sampai skrg. =)

    Http://ainaez.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Tips yang berguna untuk merawat sembelit. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan ubat dan vitamin yang kita makan semasa berpantang kerana kesan sampingan ubat dan makanan tambahan juga boleh menyebabkan sembelit. Antaranya ialah ubat antacid (untuk rawatan gastrik), ubat yang mengandungi codeine seperti ubat batuk dan vitamin zat besi (untuk tambah darah).

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l

Sunat bayi perempuan umur berapa yang sesuai??

Alhamdulillah, semalam selamat sunatkan Auni Nadra. Lagi 9 hari nak genap umur dia 10 bulan. Maafkan ibu dik, ibu lupa je. Dulu masa bersalin kan abang Aqeef Danial takda list kan benda ni so untuk awak pon ibu lupa. Masa yang sesuai untuk sunat bayi perempuan Seeloknya awal-awal bersalin tu sunatkan je terus kan. Tapi kes macam Jiha ni, kes terlupa BIG TIME, huhuhu. Tapi ada juga yang tak sampai hati katanya. Saya sampai hati sebab si Abang Aqeef Danial pon dah bersunat masa 5 bulan hehehe. Sunat baby umur 10 bulan di Klinik Syifa Agak cuak lah semalam. Kiterang pilih Klinik Syifa kat Gelugor, sederet je dengan Restoran Minah yang famous itu hehe. Alhamdulillah Doktor perempuan , Dr Arbaiie . Ibu-ibu sangat...MasyaAllah sekejap je rupanya proses sunat bayi perempuan ni. Since ini anak dara sudah besar and kuat melenting-lenting, so doktor suruh ibu pegang paha , ayah pegang tangan. Tak sampai 2 minit kot, siap dah disunatkan. Harga pon sangat affordable, RM20