Anak-anak saya kuat makan tapi Kurus

May 21, 2014


Kalau orang tengok anak-anak Jiha, ramai orang tegur kata kurus. Lebih-lebih lagi anak dara Auni Nadra ni. Aqeef Danial dulu bam bam la juga. Bila dah berlari tu baru mula susut badan. 

Tapi Auni Nadra memang cik halus hehe...

Anak kurus, Perlu risau tak??

Makan Banyak

Hehehe anak-anak Jiha memang makan banyak. Aqeef Danial kalau mood makan dia datang, sampai 3 pinggan dia makan. Especially makanan kegemaran dia, Mee Sup Ayam hehehe. Banyak woo dia makan. Pizza pun sama. Percaya tak dia boleh makan 3 slices of pizza. Adult portion tu. Jiha pun kalau makan pizza, 3 slices tu dah max dah tu. Menu lain yang dia suka ialah Spageti. 

Lately ni nampak dia suka pulak makan Ikan Goreng. Sebelum ni macam susah aje nak makan, kena sorok-sorok dalam nasi. Sekarang dia yang request nak Ikan Goreng. 

Ayam Goreng atau Ayam Panggang kena yang berempah, kalau yang buh garam kunyit tak layan ye

Nah Jiha share resipi perapan ayam yang Aqeef suka

Bahan Kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu kecil ketumbar
2 sudu kecil jintan manis

Madu/Gula
Butter
Kicap
Sos Tiram
Serbuk lada hitam
Garam
Mixed Herb (optional)
Serbuk Paprika (optional)

Main : Ayam lah hehe

Perap kan dengan semua...Jiha biasanya perap overnight, malam sebelum tidur buat, esok boleh goreng atau panggang untuk lunch. 

Auni Nadra pulak, makan sikit-sikit tapi kerap. Basically dia makan semua yang disuap. Tapi ini anak dara ada peel. Suapan pertama kedua ketiga keempat ok....kelima macam taknak konon kita suap benda lain, padahal benda yang sama. Kena pusing-pusing sikit, suap balik. Ok aje dia makan. Hahaha.

anak banyak makan tapi kurus
gambar google

Anak taknak makan sayur

Masa kecik, Aqeef ok je makan sayur. Start dia kurang makan sayur bila Jiha stop bekalkan bento kat taska baru masa Jiha masuk kerja kat Penang. Taska sebelum tu kan sempat je siapkan bento. Ni Ibu sedang berusaha nak bagi dia cintakan sayur balik. So far yang dah berjaya sayur bayam dan carrot. 

Auni Nadra telan je apa ibu suap. Hehehe.

Nanti nak try resipi queche (eh betul ke eja ni hahaha) nak selit sayur dalam tu. 

Anak Aktif

Alhamdulillah, walaupun anak-anak Jiha kuat makan, tiada masalah obesiti. Tapi mereka cukup aktif. Iya Auni Nadra pun aktif. In fact dia lebih lasak dari abangnya. Abang masa bayi Auni Nadra ni sangat sopan santun. Tapi Auni Nadra dah memanjat sana sini. Explore sana sini hehehe.

Kalau orang yang dah jumpa Aqeef Danial and Auni Nadra, memang akan mengakui yang mereka memang aktif hehehe. 

Even di Klinik Kesihatan, nurse kata 'patut lah badan halus, aktif betul ni hehehe' ...Alhamdulillah walaupun dia halus, BMI dia di parat normal. Ketinggian dia ok cuma berat je selalu di border or di bawah border sikit. Tapi, BMI normal, kira ok lah kan. Dan mereka ni kerap membuang tanda metabolisme tinggi. Itu sebab mereka slim. Oh jeles ibu, kene konsisten Ibu minum Cinch TeaMix ni nak bagi metabolisme tinggi balik. Wanita dah meningkat usia ni metabolisme memang berkurang, so kena la do something. Agagaga

Anak Sihat

Alhamdulillah walau tak gebu gebu macam anak orang lain, syukur anak-anak Jiha sihat semuanya. Aqeef masa lahir hingga setahun mmg agak tough, banyak dugaan dari segi kesihatan tapi Alhamdulillah semuanya sudah berlalu. Eczema dia baik, Ibu sangat bersyukur. 

Auni Nadra ada la kena selsema sikit-sikit tapi terkawal. Amalkan pantang2 Dr Nadir, amalkan steaming dan supplement yang ibu salurkan dari susu Ibu. Ni dia dah besar sikit, Ibu bagi makan Chewable Vita C. Suka dia joget-joget. 

Untuk Aqeef Danial, bagi Omega Guard, minyak ikan yang bukan sahaja bagus untuk redakan selsema batuk dia, tapi minyak ikan ni pun bagus untuk otak. 

Tips Pilih Supplement Minyak Ikan : Make sure bukan dari hati ikan ye, make sure sumber dia dari ikan dan ikan di perairan air sejuk sebab daya ketahanan dia lebih kuat. 

Selain tu Jiha beri juga Mealshake pada dia sebab tak yakin dapat bekalkan cukup nutrient dari makanan yang Jiha sediakan hari-hari. Ada hari-hari yang tak sihat or cik M menerpa, Nasi, telur goreng dan kicap aje ngeeee.. Tak cukup khasiat anak aku hehehe. So boleh la tambahkan lompong-lompong tu dengan Mealshakes. Kaya dengan Vitamin dan Minerals. Oh jangan lak korang bagi Mealshakes je semata ye, tak bagi anak makan yang lain.. Itu sudah parah tahap kemalasan tu hahaha.

Korang kalau ada resipi best untuk anak-anak, share lah link ok, kalau nak mencari Supplement untuk anak-anak pun boleh contact Jiha ok...


JIHA 0123807024
~Ibu Aqeef & Auni~





LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies