Home » » KULIT GELAP TAPI CANTIK

KULIT GELAP TAPI CANTIK

Salam lovelies,

Ok ramai juga yang bertanya macammana nak dapat kulit putih. Jiha lebih suka share macammana nak dapat kulit yang sihat dan cantik. Nak tahu kenapa? Jom teruskan membaca ye.

My personal opinion is, biarlah kulit gelap asalkan cantik dan pasti, kulit kita yang original.

Kulit Putih Cantik

Yeke? Tipikal lelaki Melayu (hehehe) memang suka kan wanita yang berkulit putih gebu. Betul ke? Betul ke orang yang kulit putih tu cantik.

Cantik ni sangat subjektif kan. Bak kata 'omputih'...'Beauty lies in the eye of the beholder'.

Jiha sendiri suka tengok kawan-kawan yang kulit agak gelap. Husband Jiha pun kulit gelap. Tapi ku rasa die ensom aje. So again, cantik ni sangat subjektif. Hehehe.

Wanita kene yakin

Kita kena yakin sebenarnya yang kita ni cukup cantik. Allah ciptakan kita cantik. Bersyukur ye. Dan siapa kata kulit gelap tu tak cantik, tengok je supermodel Naomi Campbell, gelap kan, tapi cantik kan. Artis Malaysia sendiri, Nurul tu, cantik manis sangat.

Yang penting cara kita jaga kulit kita. Pastikan CTM tak tinggal, minum air kosong banyak, jaga pemakanan sihat, bersenam dan juga suplemen untuk kulit.

Lagi sekali, yakin lah dengan diri sendiri. Sebab bila kita yakin, aura tu akan nampak pada muka kita. Maka semakin bertambah cantik lah kita. Yakin ok yakin.

Biarlah orang kata kulit putih tu cantik. Kita kena stand proudly kata orang kulit gelap pun cantik apa. Hehehehe kiasu sangat. Tapi takpe, yang penting YAKIN dan bukan untuk bangga-bangga ke apa.

Kulit Putih pelik?

Nak ke kulit putih tapi putih pelik. Yang lagi pelik bila dilahirkan berkulit gelap, ibu bapa dan adik beradik pun berkulit gelap. Tapi kerana nak sangat berkulit putih, sanggup mencuba produk yang menjanjikam kulit putih melepak-lepak. Tapi sayang lah, sebab nampak pelik sangat putih tu.

Sama pandangan Jiha pada orang yang ambil Botox, tang mana yang mereka rasa cantik tu. Kulit tegang la tapi terlalu tegang sampaikan......... Aduhai..sayang sayang ciptaan Allah. Amanah Allah ni diri kita ni kan.

Anti-penuaan penting

Tanam dalam minda yang kita cantik walaupun kulit gelap. Cuma kita perlu ikhtiar untuk menjaga kesihatan diri sahaja. Kita bukan lah nak melawan usia. Tetapi kalau kita dapat mengawal kedut-kedut sebelum waktunya kan bagus. Ni belum 40an muka dah berkedut, kulit kusam lah, banyak blackheads dan jeragat.

Cari ikhtiar untuk mengawal semua ini. Makan makanan yang tinggi anti-oksidan. Macam Jiha amalkan sesudu kecil Vivix setiap hari. Vivix memang kaya dengan anti-oksidan. Sekali lagi nak tekan kan, kita bukan nya melawan penuaan, tetapi kita TAK MAHU kedut datang sebelum waktunya.  Hehehehehe.

Psstt tahu tak orang lelaki dah masuk 40an, nampak lebih bergaya. Life begins at 40 kononnya. So sebagai Isteri, kita kene catch up jugak lah. Baru lah bagai pinang dibelah dua hehehe.

Cantik berpada-pada

Niat kena betul. Ye kita manusia memang tak lari lah dari terasa bangga dan riak. Tapi cepat-cepat la istigfar.

Kalau nak bercantik-cantik untuk suami takpe. Isteri-isteri wajib lah bercantik-cantik kan untuk suami. Topik ni paling best layan kalau jumpa kawan-kawan. Hehehehe. Macammana nak tambat hati suami. Macammana nak buat exercise untuk kurus lah.

Pemilihan Produk penting

Pilih lah produk yang bebas dari bahan kimia merbahaya, yang telah dibuktikan melalui kajian research dan juga testimoni pengguna.

Ok sehingga bertemu lagi...renung-renungkan dan selamat beramal....(secara konsisten)

Najihah Razali
0123807024

1 comments:

  1. Ye cantik itu subjektif. Biar gelap tapi sihat dan bersih.
    Betul, keyakinan menyerlahkan karisma dan kecantikan diri.

    ReplyDelete

Thanks Lovelies