RESIPI TRIFLE YANG MUDAH!!!

July 10, 2014

Salam semua,

Hari ni Jiha nak share satu resipi yang mudah. Al-kisah nya, jalan-jalan di Giant, teruja tengok Tepung Custard hehehehe. So beli lah. Tapi sangat takde idea nak masak apa. Jiha memang suka la sos custard ke apa ke yang related to custard tapi memang tak pernah masak sendiri.

So borak-borak dengan Geng Gossip Mommies, mereka pun suggest la buat Trifle. Yes senang sebab tak perlu nak bakar-bakar. Masuk peti ais je.


menu dessert yang mudah
Jiha takda loyang so bubuh dalam bekas ni je hehhee

Resipi Trifle (Untuk satu loyang)

Bahan A : Cake Swiss Roll atau Sponge Cake

Bahan B : Untuk custard
2 cawan susu cair
1 cawan air
4 sudu tepung custard
5 sudu gula
Campur semua dan masak atas api sampai likat tapi jangan terlalu lama nanti keras.

Bahan C : Buah Cocktail (Tin Besar)
Ambil buah sahaja. Air tak perlu

Bahan D : Jelly Konyaku
125gram Jelly Konyaku
650ml air
(kalau refer pada instruction kat plastik Konyaku tu 250g jelly dan 1000ml air, tapi kalau nak makan jelly sahaja boleh refer instruction, tapi kalau untuk trifle, air harus dilebihkan supaya dia tak terlalu pejal, senang nak makan bersama lapisan cocktail dan custard nanti)
Campur Jelly Konyaku dan Air dan masak hingga likat. Juga jangan terlalu lama nanti keras

Jom buat Trifle

1. Potong Swiss Roll dan susun di permukaan loyang.
2. Tuangkan Custard meliputi Swiss Roll
3. Tuangkan buah cocktail di atas custard tadi
4. Tuang jelly meliputi buah cocktail
5. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam.

Tips : Lepas dah siap, boleh juga makan dengan satu scoop Vanilla Aiskrim hehehehe

SELAMAT MENCUBA!!


LAGI ARTIKEL MENARIK

2 comments

Thanks Lovelies