Salah Ibu sebab lambat potty training Aqeef. Huhuhu.
Sepatutnya masa Auni belum pandai merangkak, berjalan, berlari...time tu la sepatutnya ibu potty train Aqeef. Masa tu pun dah 3 tahun dah. Huhuhu
Sebenarnya masa tu baru nak adapt dengan tugas sebagai Work at Home Mom, with 2 orang anak. So memang banyak proses menyesuaikan diri dengan keadaan. (Alasan ke ini? Hahaha tapi itu la yang Jiha hadapi masa mula2)
Ni dah 4 tahun baru terkedek-kedek nak potty train. Tu pun sebab teringat 5 tahun nak hantar ke sekolah. Kelam kabut lah ibu.
Beberapa cubaan selalu tak berjaya, memang buat ibu stress. Kalau menguruskan Aqeef saje mungkin kurang penat, tapi ni ada Auni Nadra
1. Possibility Auni Nadra dulu yang terjumpa tompokan air kencing atau tompok-tompok tohi unta..eh tohi Aqeef. Bayangkan, bayangkan.
In fact pernah ye dia bergelumang dalam tompokan air kencing Aqeef. From there only I realized yang Aqeef sudah terkucil.
2. Bila mahu menguruskan Aqeef dan hasil terkucilan dia itu, terpaksa letak Auni dalam bilik dan tutup pintu. Menangis melalak macam anak kecil kena dera la si Auni Nadra.
Memang stress juga lah. Selalu mengadu dengan Yus. Penat.
Bila tanya Aqeef memanjang 'Taknak' & 'No' je. Kalau ditarik ke toilet jugak...memang bak didera je gayanya nangis dia.
Ibu bertukar hijau (read : Incredible Hulk) adalah sangat selalu...Hahahaha.
Tapi kesian juga Aqeef, sampai naik fobia bila ibu bertukar Hijau tu.
Until one day, dia datang kat Ibu sambil peluk Ibu
Aqeef : So sorry ibu, Aqeef dah tak nak kencing-kencing lagi ye.
Alahai ini memang sayu....rasa bersalah pulak sebab banyak kali bertukar hijau dengan Aqeef. Huhuhu lagi pulak terdengar Da'i Dayana punya tazkirah pasal Anak amanah Allah. Rasa berdosa dan menyesal sangat. Huhuhu
Now, Alhamdulillah, sudah senang nak ajak dia ke toilet. Dah takde meronta taknak taknak dah. And dah pandai panggil Ibu kalau nak kencing.
Sob sob he is a big boy now. Tahun depan nak pergi sekolah dah. Mesti Ibu rindu nanti. Still considering nak hantar dia for full day or half day kindy je.
Aqeef Danial, you will be my boyfriend, my sweetheart forever and ever. Ibu loves u so much ♥♥
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies