Skip to main content

KENAPA SOYA SEBAGAI SUMBER PROTEIN??

Assalammualaikum,

Hari ini Jiha nak kongsikan kenapa kita memerlukan PROTEIN dan kenapa Soya merupakan sumber protein yang paling sesuai.


4 Nutrien ASAS.

Protein merupakan salah satu dari 4 nutrien asas untuk badan kita. Nutrien asas yang lain ialah Air, Karbohidrat dan Lemak. Jika diambil dengan seimbang, badan kita dapat berfungsi secara optimum.

Badan kita memerlukan protein kerana ia membekalkan kita dengan tenaga, pembentukan hormon, antibodi, enzim dan tisu. Ia juga memastikan tahap asid-alkali yang seimbang di dalam badan kita.



Perlu Asid Amino??

Asid amino diperlukan untuk proses pembentukan protein di dalam badan. Badan kita dapat menghasilkan asid amino tetapi asid amino dari sumber makanan juga diperlukan untuk memastikan ianya lengkap untuk menyokong pembentukan protein dalam badan. Jadi sangat penting untuk kita dapatkan kesemua asid amino ini.

Kenapa Soya?

Lengkap dengan asid amino

Makanan-lengkap protein yang punya asid amino ialah seperti daging, ikan, ayam. Tetapi disebabkan sumber ini juga tinggi lemak dan juga penggunaan ubatan seperti antibiotik dan bahan kimia lain dalam penternakan, maka pengambilan makanan ini sepatutnya diambil secara sederhana.

Manakala kekacang, brown rice yang juga kaya protein tetapi bukan merupakan makanan-lengkap protein (tidak mempunyai semua range asid amino).

Soya adalah makanan-lengkap protein yang mempunyai asid amino dan juga nutrient yang lain. Rendah lemak dan soya yang Non-GMO (tidak diubah secara genetik) membuatkan Soya sumber yang paling sesuai untuk menggantikan sumber seperti daging.

Jadi Soya adalah sumber yang paling selamat dan berkesan untuk diambil sebagai sumber protein kita.


TIPS tentang SOYA

1. Sekiranya anda memilih produk soya, pasti kan ianya Soya NON-GMO dan semulajadi.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

NAJIHAH RAZALI
0123807024
sitinajihah83@gmail.com


Comments

Post a Comment

Thanks Lovelies

Popular posts from this blog

Simpul biawak semasa hamil tanda kurang kalsium?

Simpul biawak atau pun kekejangan pada betis semasa hamil sangat menyeksakan kan? Ramai ibu hamil yang mengadu tidak tahan. Jiha sendiri pun pernah ada pengalaman simpul biawak ni semasa hamil anak pertama. Esoknya terhencut-hencut berjalan. Tetapi anak kedua, ketiga dan keempat tak kena pun simpul biawak ni. Alhamdulillah. Nak tahu rahsianya? Gambar ihsan google Simpul biawak tanda anda Kekurangan Kalsium Tahukah punca kekejangan kaki ini ialah apabila anda kurang pengambilan kalsium. Ibu hamil terutamanya, sumber kalsium harian yang diambil mungkin tidak mencukupi kerana kalsium telah diserap oleh bayi dalam kandungan untuk pembetukan tulang bayi yang sihat. Jadi jika pengambilan kalsium tidak cukup untuk menyokong keperluan ibu hamil dan bayi, kesan jangka pendek nya ialah ibu hamil akan mengalami masalah simpul biawak atau kejang kaki.  Info : Ibu Hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Segelas susu mempunyai lebih kurang 100~200mg kalsium ...

Steaming the 'Dr Nadir' style hehehehe

Hopefully gambar rajah di bawah senang lah utk difahami ye hehehe..... ATTENTION: Anak of course akan menangis cos tak selesa cos wap yang agak panas....kite as parent ni kene la berhati tabah (huhhu i kememe bab tgk anak sakit gini)..... tp bile tgk kahak n ingus yang kuar selepas itu and anak pon dpt tido lena afterwards...hati ibu pon rasa sgt lega ;) Kalau anak selsema batuk....atleast 4 kali steaming even anak tak selsema & batuk...atleast once a day...let say after steaming tu die batuk2, means ada kahak la dalam paru2, kalau tak batuk, means paru2 ok ;) jadikan steaming tu rutin harian, u have nothing to lose pon (kata Dr Nadir).... and don't forget to tepuk and sedut guna NA after steaming tau..... pg td after steaming Aqeef, tepuk and sedut..hamek ko ingus warna ijo.... Step 1: panaskan air dlm rice cooker, Dr Nadir suh buh vicks sket but i chose not to (sebab baca kat Vicks Baby Balsam tu die state that 'not to be heat in water, do not vaporized b...

Apa aje yang tak cuba......Eczema Aqeef Danial

Ni antara cream + lotion + minyak yang digunakan for his Eczema... yang prescribed from dermatologist semuanye ada steroid...... Elomet, Bactroban, Fusidin, Nizoral+Elomet+Fusidin, Hydrocortisone, Univate....huhuhu pening pening Utk elak kan guna steroid based cream ni...ramai yang suggest Physiogel...tp tak berkesan kat Aqeef....then Laleli olive oil pulak.....ni pakai utk moist kan kulit aje, not to treat...tak nampak kesan sgt Pastu hubby google2...jumpe Healin product ni...Gamat Derma-X..awal2 pakai nampak ok...tp rasanye gel ni mcm panas sket la + mcm scrub sket..so mcm ada gatal2 sket bile apply kat kulit Aqeef huhuu...mahal gilos gel ni Pastu ada hamba Allah dgn baik hati hadiahkan Aqeef Sudocrem....ok...nampak ok..cume bile eczema teruk...dgn berat hati terpaksa pakai jugak Elomet Tapi..apa yang I perasan..since dgr nasihat Dr Nadir utk stop giving Aqeef ubat tahan gatal, ubat batuk, ubat selsema dll....eczema Aqeef walaupon blom baik sepenuhnya, tp tak menyerang ganas mcm dulu...