Assalammualaikum semua,
Hari ini Jiha late lunch. Orang kata tak elok kalau kita tak ambil lunch kan, sebab boleh menyebabkan kita akan makan lebih banyak dari sepatutnya pada meal yang seterusnya.
Tapi tadi memang agak kenyang sebab sarapan dengan lempeng dan sambal tumis ikan bilis.
So sempena photoChallenge hari ini, 'Lunch', Jiha pun nak share Lunch untuk hari ini. Ngelat tak masak ye hehehe.
Makan luar hari ini....rasa nak sedut udara luar.
Mee Sotong...
Sampai ke Butterworth gi makan. Tak pernah makan, tapi yus pernah la makan. Masa dia ajak nak makan Mee Sotong tu, suka la Jiha sebab suka makan sotong.
Tapi rupanya, macam Mee Goreng mamak dan ada sotong kering atas dia. Kalau sotong yang macam ni Jiha tak berapa suka sangat. Sotong biasa tu suka lah.
Jiha ok je makan Mee Goreng Mamak, tapi since loya sikit ni, bertambah loya pula makan ni.
Tu yang gi cari Mangga Muda juga tu sebab nak buat Jeruk Asam Boi yang sedang viral di FB. Buat i terliuq tau hehehehe.
Ok lah.... korang kalau nak skip lunch, boleh minum Cinch Shake. Vanilla ada, Chocolate ada dan yang paling Jiha suka, Cafe Latte pun ada.
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies