Skip to main content

BILA AQEEF DANIAL DAN AUNI NADRA BERJAUHAN

Assalammualaikum...

Rindu Aqeef Danial. Hehehe baru beberapa hari. In fact dalam perjalanan balik ke Penang pun dah terasa rindu dah. (Ni ibu lah hehehe)

Tapi Auni galak pulak dalam kereta. Nyanyi-nyanyi. Hahahaha. Hari pertama di rumah tanpa abang, nampak ok, cuma bila ke petang tu dia dah nampak boring dah heheh.

Hari Kedua? Hah ni memang dah nampak super boring dah. Biasa ada abang main dan gaduh kan.

Bila Aqeef Danial tiada di rumah...


  • Auni Nadra bangun awal pagi, mungkin takde geng nak golek-golek sama kot.
  • Ngempeng je kerjanya. Sebab takda benda lain nak buat kot. Auni Nadra bukan macam abang Aqeef Danial yang leka dengan tv dan toys. Dia sekejap2 je dan kemudian dia akan merengek nak ibu dukung. Biasanya abang Aqeef Danial yang layan dia, sampai dah betul-betul haus dan timing baru dia datang kat ibu.
  • Tidur sekali je siang dah sekejap. Hahaha ye la biasanya main kejar-kejar satu rumah dengan abang. Penat dan tidur mesti 2 kali sehari.
Banyak lagi benda yang Aqeef Danial selalu buat untuk Auni Nadra. Memang dah nampak sangat keabangan tu. Hehehe

Video call dengan LINE.

Nasib baik teknologi sekarang canggih kan. Walaupun jauh masih boleh berhubung. Hari-hari ber 'video call' dengan abang di kampung. Lama nya lagi nak jumpa abang. 22hb baru dapat jumpa. Ayayai.
Nah tengok lah video call abang dan adik ni. Suka betul tau hehehehe.

Apa la adik mencece tu hehehehe

Adik over excited nampak abang Aqeef Danial

Ada sekali tu coverage slow, gambar hilang, dengar suara Aqeef sedih tanya 'Mana ibu, mana Auni?'...oh sayu pulak, bila dah dapat view video balik, dia punya senyuman. Wah rasa nak terbang ke sana anak oi.

Comments

Popular posts from this blog

Simpul biawak semasa hamil tanda kurang kalsium?

Simpul biawak atau pun kekejangan pada betis semasa hamil sangat menyeksakan kan? Ramai ibu hamil yang mengadu tidak tahan. Jiha sendiri pun pernah ada pengalaman simpul biawak ni semasa hamil anak pertama. Esoknya terhencut-hencut berjalan. Tetapi anak kedua, ketiga dan keempat tak kena pun simpul biawak ni. Alhamdulillah. Nak tahu rahsianya? Gambar ihsan google Simpul biawak tanda anda Kekurangan Kalsium Tahukah punca kekejangan kaki ini ialah apabila anda kurang pengambilan kalsium. Ibu hamil terutamanya, sumber kalsium harian yang diambil mungkin tidak mencukupi kerana kalsium telah diserap oleh bayi dalam kandungan untuk pembetukan tulang bayi yang sihat. Jadi jika pengambilan kalsium tidak cukup untuk menyokong keperluan ibu hamil dan bayi, kesan jangka pendek nya ialah ibu hamil akan mengalami masalah simpul biawak atau kejang kaki.  Info : Ibu Hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1000mg kalsium sehari. Segelas susu mempunyai lebih kurang 100~200mg kalsium ...

Pengalaman Sendiri Punya Cyst Semasa Mengandung

Cyst semasa mengandung? Lately ni dapat tahu beberapa orang yang keguguran sebab cyst dah pecah. Allahu sedihnya tetapi Allah sebaik-baik perancang. Kita kena lah redha dengan segala ketentuan-Nya. Jiha nak kongsi pengalaman Jiha sendiri ada cyst semasa mengandung. Post ini agak panjang dan bereemosi sedikit hehehe. Cyst pada kehamilan ketiga Pengalaman ini bermula pada April 2015 . Instinct rasa macam mengandung ditambah pula dengan period yang tak kunjung tiba. Masa ni anak kedua iaitu Auni Nadra dah pun 2 tahun jadi memang Jiha plan untuk conceive. Pergi ke klinik panel, doktor agak keliru samada yang di scan itu adalah kantung bayi ataupun cyst. Tak sempat tunggu nak jumpa Dr Rosita di Pearl Maternity Hospital, Jiha pergi ke klinik pakar lain malam tu.  'Awak tak pregnant tapi ni cyst' Allah...menitik airmata. Bukan sebab doktor kata tu cyst. Tapi sebab doktor kata 'Awak tak pregnant', sedangkan instinct ni kuat rasa pregnant. Kemudian Jiha ikhtia...

Resipi Jawa : Tepung Jewer

Hahahaha pernah dengar tak...   Tepung Jewer...sebutan nya 'Jay wear' (pekatkan rrrr tu untuk lebih bunyi kejawaan hehehe) Ok lah...ni antara menu sarapan atau minum petang yang orang jawa Malaysia selalu makan... (sebabnya ada kenalan Jawa dari Indonesia tak tahu menu ni hehe...) Oh atau pun di kalangan orang India, ianya adalah PURI, mereka biasanya makan dengan kuah kari....tapi kalau orang jawa, semestinya sambal ketuk atau sambal sardin. Ok lah meh nak share resipi Tepung Jewer ni Bahan-Bahan 1. 500gm Tepung gandum 2. 1/4 Butter yang dicairkan atau minyak masak 3. Secubit garam 4. Air secukupnya Uli semua bahan hingga menjadi dough. Pecahkan kepada bulatan dough kecil Biar dough 'sit' dalam setengah jam. Ok dah setengah jam!! Lenyekkan dough secara membulat, jangan terlalu nipis. Goreng 'deep fry' dalam minyak panas. Apabila ianya kembung dan kekuningan, boleh la angkat. Dah hilang panas sikit...boleh l...