Assalammualaikum,
Hehehe dah beberapa tahun duduk di Penang, Jiha boleh tak tahu pun pasal Roti Canai Transfer Road.
Tahu pun dari my good friend, Otek and family masa dia datang rumah kami tahun lepas. Dia kata nak pergi makan Roti Canai Transfer Road.
Di Georgetown
So semalam, kebetulan weekend ni di Penang je, takde aktiviti luar Penang, kami pun pergi lah breakfast di sana. Lambat juga sebab pukul 10 baru sampai sana.
Ramai nya orang, kereta pun penuh orang park tepi jalan. Tapi rezeki kami agaknya, sampai je ada kereta nak keluar. Lepas tu masa nak duduk kat gerai tu, ada satu family bangun dari meja.
Hehehe so first experience kat gerai tu sangat ok lah. Masa makan tu, tengok ramai yang baru datang menunggu meja kosong.
Roti Canai RM15 heheheh
4 keping roti canai, dengan kuah daging dan kuah ayam. Tapi memang ada daging dan ayam la. Bukan semata-mata kuah je. Ayam pun besar. Daging ada beberapa ketul la. RM15 kau hahahhaa. Tak masuk air dan Roti Bakar untuk Auni lagi. So breakfast semalam dalam rm22 jugak lah hehehe.
Jiha request garing, tapi Yus tak bagi. Dia suruh try original style roti canai kat situ.
Tapi for me, biasa-biasa je lah pun roti canai dia tu. Jiha lebih prefer roti canai yang garing, flaky tu. So far kalau kat Penang, roti canai yang garing dan flaky yang Jiha suka kat Kg Melayu.
Ok lah...tapi kalau korang datang Penang, cuba saja lah. Plus location dia kat bandar Georgetown, feeling sikit la vacation to Penang korang tu hehehe. Oh dan tak jauh juga dengan Chowrasta.
Ok nah layan la gambar Roti Canai RM15 ni heheheh
Comments
Post a Comment
Thanks Lovelies