MUKA TERKENA MINYAK PANAS AKAN TINGGALKAN PARUT???

December 19, 2014

Assalammualaikum,

Siapa pernah kena minyak panas? Orang yang rajin ke dapur je yang selalu kena minyak panas ni kan? Hehehe. Kalau tangan yang kena ok lah lagi, tapi kalau muka terkena minyak panas? Risau tinggal parut tak? Nak tahu apa nak buat kalau taknak tinggal parut? Jom teruskan pembacaan. Rugi tak baca.

Seluruh muka terkena percikan minyak panas.

Oh ni terjadi kat Jiha sendiri ye. Semalam kenanya. Terkejut sangat bila nampak minyak dalam pan tu tiba-tiba meletup. Bukan letupan kecil tau tapi seluruh minyak dalam pan tu meletup. Tapi syukur sebab tak naik tinggi minyak nya, kalau tak memang dah tersimbah satu muka.

Dan lagi syukur, Jiha pakai cermin mata masa tu, jadi tak kena pada mata. Thank You Allah.

Bergegas ke bilik air

Terkejut tapi dengan pantas berlari ke bilik air, cuci muka dengan air kemudian dengan Enfuselle. Dalam Enfuselle ni ada Vitamin E yang bagus untuk parut. Mohon sangat kesan percikan tu tak meninggalkan parut.

Rasa tenang sikit lepas dah cuci muka. Tapi muka ada rasa birat-birat juga la. Pedih kot kan. Paling teruk kat dahi dan tulang pipi.

Taknak kesan parut...huwaaaaa

Muka rasa birat, lagi lah cuak kalau birat merah tu bertukar hitam dan jadi parut pula kan. Cepat-cepat telan Collagen, Vivix, Vitamin C. Vitamin E boleh tertinggal pulak, tapi nasib baik dalam pencuci muka Enfuselle tu ada Vitamin E juga.

Alhamdulillah keesokkan hari nya, muka dah tak rasa birat dan takda la tinggalkan kesan  pun. Syukur sangat.

Fuh pengalaman betul lah kena minyak panas kat muka ni, biasanya kat tangan je. Nasib lah boleh 'repair' cepat dengan Vivix, Collagen dan Vita C tu.

Ok ni lah dia sedikit sebanyak yang Jiha boleh kongsikan macammana nak atasi situasi bila muka terkena minyak panas ni.

Kalau ada yang mukanya terkena minyak panas dan ingin dapatkan vitamin dan pencuci muka yang selamat dan berkesan, boleh hubungi Jiha di

Sms/whataapp
0123807024

LAGI ARTIKEL MENARIK

0 comments

Thanks Lovelies